Utusan Borneo (Sabah)

40 menara telekomuni­kasi dibina di Pensiangan

-

NABAWAN: Sebanyak 40 menara telekomuni­kasi sedang dibina di kawasan Parlimen Pensiangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pembinaan dijangka siap pada penghujung tahun 2022 bagi memberi kemudahan capaian internet yang lebih meluas kepada masyarakat kawasan berkenaan.

“Selain itu, 44 menara telekomuni­kasi sedia ada di kawasan pedalaman seperti Kampung Salirilan dan Kampung Popohon Batu pula akan dinaiktara­f kepada capaian internet 4G.

“Usaha yang dilakukan kerajaan ini membolehka­n masyarakat sekitar untuk mengakses Internet bagi mendapatka­n pelbagai maklumat sahih dan terkini.

“Bagi memudahkan masyarakat membuat urusan perbankan pula, sebanyak dua buah Automatic Teller Machine (ATM) di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat akan disediakan di Pekan Sook,” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian pada program

Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, semalam.

Pada majlis tersebut, sebanyak 829 orang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN2.0) secara tunai daripada jumlah 1,291 orang penerima dari enam kawasan mukim di Nabawan.

Turut diadakan ialah program Pusat Maklumat Rakyat (PMR) @ Komuniti

Jabatan Penerangan Daerah Nabawan dengan pengisian ceramah vaksinasi Covid-19 selain membantu pendaftara­n vaksin bagi masyarakat di situ.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Abdul Ghani Mohd Yassin dan Timbalan Pegawai Kewangan Persekutua­n Sabah, Siti Norhaini Osli. — Penerangan.

 ??  ?? DAFTAR: Penerima bantuan sedang membuat pendaftara­n bagi menerima bayaran tunai BPN 2.0.
DAFTAR: Penerima bantuan sedang membuat pendaftara­n bagi menerima bayaran tunai BPN 2.0.
 ??  ?? SERAH: Arthur menyerahka­n BPN2.0 secara tunai kepada salah seorang penerima.
SERAH: Arthur menyerahka­n BPN2.0 secara tunai kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia