Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik KK kekalkan demokrasi melalui Pilihan Raya Kampus 2021

-

KOTA KINABALU: Meski pandemik COVID-19 melanda, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mengambil insiatif dengan mengadakan Pilihan Raya Kampus 2021 di atas talian demi memastikan demokrasi institusi terjaga.

Seramai 14 calon umum dan 39 calon yang bertanding.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK komited memastikan integriti sepanjang hari pengundian terjaga dengan menggunaka­n sistem pengundian efektif yang diusahakan oleh jawatankua­sa bertanggun­gjawab.

Menurut Ts. Zainab Othman, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, COVID-19 tidak menghalang pihak PKK untuk menghidupk­an dan mengekalka­n demokrasi di kampus.

“Penggunaan teknologi sedia ada sangat sesuai untuk kita praktikkan bagi membendung penularan wabak COVID-19 sekali gus menyokong inisiatif MyDIGITAL yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri pada Februari lalu.

“Tiada alasan untuk kita berhenti mengangkat demokrasi di PKK,” tambah Zainab.

Percubaan pertama ini dikira berjaya kerana telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

“84.47 peratus pelajar telah mengundi menunjukka­n kadar kesedaran kepentinga­n demokrasi di PKK,” kata Ts. Sahril Hj Yusop, Ketua

Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK selepas mengumumka­n keputusan rasmi Pilihan Raya kampus PKK 2021.

Tujuh kerusi umum telah dimenangi oleh Marline Malitin, Noraini Sallehuddi­n, Mohd Nur Rizwan Abd Kadir, Phillis Emily Primus, Muhammad Syaukie Mohd Sobri, Jason Teo Jun Wen dan Michelle Linda Marius `Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu 2021.

Kempen semua calon dilakukan di atas talian dengan menggunaka­n platform media sosial seperti Telegram, Facebook, WhatsApp dan Instagram yang berbeza daripada tahun sebelumnya.

 ??  ?? PEMENANG: Pemenang Kerusi Umum bagi Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu.
PEMENANG: Pemenang Kerusi Umum bagi Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu.
 ??  ?? UMUM: Ts. Saril Hj Yusop mengumumka­n keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu secara dalam talian.
UMUM: Ts. Saril Hj Yusop mengumumka­n keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia