Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Manggi dikenakan sekatan pergerakan 14 hari

-

LIMBANG: Sekatan pergerakan dikenakan di Rumah Manggi, Menuang Baru dekat sini, berkuat kuasa semalam susulan lapan kes baharu positif COVID-19 dikesan di rumah panjang itu menjadikan keseluruha­n 11 kes dilaporkan di Limbang.

Sekatan pergerakan di rumah panjang tersebut dikuatkuas­akan selama 14 hari sehingga 21 April nanti.

Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Norliza Jusoh berkata, dua kes awal positif dikesan di rumah panjang itu melibatkan anak beranak yang juga pemandu lori kargo yang pulang dari Sibu.

“Oleh itu sekatan pergerakan dilaksanak­an kepada semua penduduk rumah panjang itu untuk dilakukan ujian saringan COVID-19.

“Setakat ini sembilan kes baharu dikesan di mana lapan kes di rumah Manggi dan satu lagi kes di Rumah Hap Mengari,” katanya semasa Mesyuarat Penyelaras­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Rumah Manggi di Pejabat Residen, semalam.

Turut sama ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Bahagian Sebi Abang dan Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia