Utusan Borneo (Sabah)

Fokus masa depan Sarawak: S4S

-

MIRI: Masa depan Sarawak lebih penting dari hanya pandai meminta maaf atas kesilapan lalu, kata jurucakap gerakan Sarawak For Sarawakian (S4S) Erick Chin.

Dalam kenyataann­ya semalam Chin berkata, perdebatan ahli politik yang tiada kesudahan hanya akan membantutk­an pemikiran rakyat dan pembanguna­n negeri ini.

“Sejarah sememangny­a penting, tetapi sekiranya anda terlalu sibuk dengan sejarah, tidak mahu membuat kemajuan dan mengambil berat tentang masa depan Sarawak, tetapi terus berdebat mengenai isu permintaan maaf politik, ini tidak akan membawa kebaikan kepada masa depan rakyat Sarawak.

“Sebaliknya ini akan menjadikan rakyat Sarawak terhenti pada topik sejarah dan tetap berada di tempat itu sahaja,” jelas beliau.

Walaupun begitu, setiap rakyat Sarawak seharusnya mengetahui secara asas sejarah pembentuka­n negara sebagai rujukan untuk prospek masa depan negeri ini, tegasnya lanjut.

Ini katanya, termasukla­h merenung kembali kebenaran yang ada dalam sejarah dan menjadikan­nya pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada masa lalu.

Justeru ujarnya, sokongan semua rakyat Sarawak diperlukan agar hak-hak rakyat dan negeri yang terhakis dalam Perlembaga­an Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 dapat dikembalik­an.

“Dorongan dan pelaksanaa­n Ordinan Referendum adalah tembok api yang memastikan rakyat Sarawak dapat mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n mereka.

“Ia berperanan mengembali­kan kuasa pemerintah­an kepada rakyat dalam saat politik yang kucar-kacir masa kini,” kata Chin.

 ??  ?? ERICK
ERICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia