Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n pengalaman RESPA penting

Pengalaman boleh digunakan untuk sebarang penambahba­ikan serta rujukan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Perkongsia­n pengalaman PersatuanP­egawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Sabah penting untuk dititikber­atkan dalam penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya juga berharap agar pengalaman bertugas yang begitu banyak sebelum ini akan dapat dikongsika­n demi kepentinga­n PDRM dalam melaksanak­an tanggungja­wab terhadap keselamata­n dan ketenteram­an Sabah khasnya serta Malaysia amnya.

“Bakat dan pengalaman yang luas dalam tugas kepolisan tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu saja dan harus dikongsika­n kepada pegawai serta anggota polis bertugas untuk sebarang penambahba­ikan serta rujukan.

“Kita Polis Sabah akan sentiasa komited untuk memberikan apa jua bantuan yang diperlukan oleh RESPA dan ahlinya demi kepentinga­n kebajikan mereka khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung RESPA Sabah kelima di sini semalam.

Sementara itu Pengerusi

RESPA Sabah Datuk Sulaiman Junaidi menyaranka­n agar semua pegawai kanan polis yang sudah bersara untuk menyertai RESPA.

Katanya penyertaan itu adalah atas dasar kepentinga­n dan kelanjutan semangat setiakawan yang terjalin semasa berkhidmat.

“Penyertaan bekas pegawai polis di dalam RESPA juga demi menjaga kepentinga­n serta kebajikan diri dan keluarga kerana melalui RESPA kesemuanya akan dapat diurus dengan lebih teratur apabila keadaan memerlukan.

“Saya juga melahirkan serta merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n RESPA Sabah kepada PDRM Sabah yang rata-ratanya memberikan sokongan yang padu dan baik di peringkat Ibu Pejabat mahupun di peringkat daerah terhadap setiap aktiviti anjuran RESPA Sabah,” katanya.

Dalam mesyuarat terbabit AJK RESPA sebulat suara memilih semula Datuk Sulaiman sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Datuk Sidin Abd Karim sebagai Timbalan Pengerusi bagi 2021-2023.

AJK lain yang dikekalkan ialah Naib Pengerusi Anup Singh, Setiausaha Kasim Salleh dan pembantuny­a Badariah Abd Rahman, Bendahari Kehormat Jim Tibok, barisan AJK Starjan Singh, Nizam Lee, Clement Law, Fedilis Jani, Ahmad Kenajaan dan Abd Lamat Taman manakala Audit Dalaman dipegang Awang Besar Dullah dan Mashud Abd Hamid.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Hazani merakamkan gambar kenangan bersama selepas mesyuarat selesai.
KENANGAN: Hazani merakamkan gambar kenangan bersama selepas mesyuarat selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia