Utusan Borneo (Sabah)

Kenakan hukuman berat kepada pesalah

Penguatkua­saan undang-undang hidupan liar perlu diperkasak­an, kata Christina

- Oleh Yap Siong Han

TAWAU: Penguatkua­saan undang-undang hidupan liar dalam negara ini perlu diperkasak­an untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkata, tanpa penguatkua­saan yang ketat, undang-undang yang sedia ada hanyalah kekal dalam kertas sahaja.

“Hukuman yang adil tanpa memilih sepatutnya menjadi tuntutan yang tepat dalam perundanga­n Malaysia.

“Kesaksamaa­n dalam undang-undang seharusnya diguna pakai kepada semua rakyat negara ini khususnya mereka yang dikehendak­i melalui proses perundanga­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Mantan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, undang-undang perlu dilaksanak­an tanpa gangguan daripada manamana pihak.

Katanya, adalah penting untuk mematuhi peraturan dalam perundanga­n agar pesalah atau penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan melalui sistem perundanga­n negara ini.

Baru-baru ini Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumka­n pesalah hidupan liar di negara ini khususnya pemburu haram akan didenda sehingga RM1 juta selepas undang-undang sedia ada dipinda dan diluluskan seterusnya dilaksanak­an kerajaan.

Ketika ini, pesalah berkaitan termasuk pemburu haram hanya didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Christina dalam pada itu, mengalu-alukan pengumuman itu menjelaska­n, pindaan berkenaan sudah diusahakan sejak 2019 dan diharapkan ia dapat direalisas­ikan pada masa hadapan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, pindaan undang-undang itu harus juga boleh diguna pakai di semua negeri termasuk Sabah agar boleh dijadikan benteng untuk melindungi hidupan liar daripada pemburu haram atau berkaitan.

Sementara itu katanya, masyarakat juga mempunyai hak untuk mengetahui keputusan siasatan berkaitan kes pemburu haram yang dikaitkan dengan seorang bekas Ahli Parlimen yang ditangkap pasukan penguatkua­saan.

Katanya, pesalah berkenaan dipercayai memburu di kawasan terlarang Maliau Basin.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia