Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi RunED saingi jenama global

-

BERBEKALKA­N prinsip rezeki harus dikongsi bersama, mendorong anak jati Kampung Sembirai Kota Belud, Azizul Lemin, 35, memperkena­lkan aplikasi perkhidmat­an penghantar­an tempatan RunED (Runner Express Delivery) kepada umum.

Beliau yang pernah menjadi penolong jurutera di syarikat swasta selama hampir 10 tahun menjelaska­n, RunED menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an makanan, barangbara­ng runcit, penghantar­an bungkusan dan perkhidmat­an.

“Pengguna boleh memesan barangan runcit menerusi aplikasi RunED di mana pelbagai barangan keperluan harian seperti hasil laut, keperluan dapur dan pakaian dapat dibeli menerusi aplikasi mudah alih ini.

“Perkhidmat­an penghantar­an makanan terbahagi kepada dua iaitu peniaga (vendor) yang mempunyai premis serta pengusaha makanan berlesen yang menjalanka­n perniagaan dari rumah,” katanya ketika ditemui di Pekan Kota Belud.

Menurut Azizul, memanfaatk­an kerancakan jual beli dalamtalia­nterutaman­yaketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an sejak setahun yang lalu di mana pengguna boleh menggunaka­n aplikasi ini untuk memesan bantuan penghantar mengambil barangan dan lainlain kerja penghantar­an.

“Pengguna berpeluang memperoleh­i pendapatan seumur hidup menerusi program ‘refer and earn’ selama mana individu berbelanja atau menggunaka­n aplikasi ini, di mana perkhidmat­an RunED ini turut menyediaka­n senarai peniaga berkepakar­an dalam sepuluh bidang seperti tuisyen, penjagaan kanak-kanak, kimpalan, elektronik, sewaan kereta, gunting rambut dan banyak lagi.

“Pengguna hanya perlu memuat naik khidmat yang diperlukan dalam aplikasi RunED dan tempahan tersebut akan terapung dalam aplikasi, manakala, para penyedia perkhidmat­an boleh melihat tempahan pelanggan yang sesuaideng­ankemahira­nmereka seterusnya membida caj

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA: Salah seorang RunED Rider bersedia menghantar barangan pesanan pelanggan.
SEDIA: Salah seorang RunED Rider bersedia menghantar barangan pesanan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia