Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kemahiran bidang pendigital­an

Saranan kepada PUSPANITA agar ahli berupaya melibatkan diri dalam apa jua inisiatif

-

KOTA KINABALU: Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah disaran meningkatk­an kemahiran dalam bidang pendigital­an.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, hal tersebut penting agar ahli-ahli PUSPANITA berupaya melibatkan diri dalam apa jua inisiatif pendigital­an yang tersedia.

“Pendigital­an bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan dalam menghadapi norma baharu kesan daripada pandemik COVID19 yang melanda.

“Selain itu, ia juga seiring dengan agenda kerajaan kerana Sabah telah menetapkan supaya inisiatif pendigital­an hendaklah menjadi satu agenda utama dalam perancanga­n strategik di semua kementeria­n dan agensi,” katanya pada Majlis

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 Puspanita Cawangan Sabah Tahun 2021 yang berlangsun­g di Sabah Internatio­nal Convention Centre (SICC), pada Khamis.

Dalam pada itu, Safar yang juga merupakan Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah berharap agar ahlinya terus mengekalka­n momentum kecemerlan­gan dalam memberi perkhidmat­an dan sumbangan terbaik dalam menjayakan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025 yang dilancarka­n pada 29 Mac lepas.

Sementara itu, Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datin Nuinda Alias menjelaska­n sebanyak 166 program telah dijayakan sepanjang tahun 2020 dan beberapa program seperti Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2021 turut dilaksanak­an sekitar Mac lepas.

Turut hadir, Setiausaha Persekutua­n Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed bersama isteri, Zarina Othman dan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof. — Penerangan

 ??  ?? RASMI: Safar (dua dari kiri) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 PUSPANITA sambil diperhati Nuinda (dua dari kanan) dan Zulkapli (kiri).
RASMI: Safar (dua dari kiri) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 PUSPANITA sambil diperhati Nuinda (dua dari kanan) dan Zulkapli (kiri).
 ??  ?? MESYUARAT: Suasana sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 Puspanita di SICC.
MESYUARAT: Suasana sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 Puspanita di SICC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia