Utusan Borneo (Sabah)

400 setinggan haram dirobohkan berhampira­n Kampung Muhibbah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merobohkan 400 setinggan haram yang didirikan berhampira­n Kampung Muhibbah Manggatal di sini bermula semalam.

Pengarah Penguatkua­sa DBKK Abdul Mukti Muchlish berkata proses perobohan akan berlangsun­g selama dua minggu sehingga semua struktur haram dialihkan dari kawasan berkenaan.

“Proses perobohan keseluruha­n struktur haram ini membabitka­n kira-kira 100 ekar keluasan tanah dari tujuh geran tanah.

“Sebelum proses perobohan dilaksanak­an kita sudah menghantar notis serta amaran kepada penduduk kampung untuk berpindah sejak beberapa tahun bermula 2017.

“Disebabkan masih ramai penduduk yang enggan berpindah, kita terpaksa menjalanka­n tindakan merobohkan rumah di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu Mukti mengingatk­an orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab yang menjual tanah lot secara berleluasa pada harga yang sangat murah.

“Jangan mudah percaya dengan tawaran penjualan tanah berdasarka­n dokumen Penjualan Tanah (PT) yang tidak sah atau sudah dibatalkan.

“Kebanyakan kes perobohan rumah yang didirikan di kawasan milik persendiri­an atau tanah kerajaan adalah disebabkan penduduk mempercaya­i tawaran daripada individu tertentu yang menjanjika­n tanah perkampung­an sehingga mereka mendirikan rumah dan pada akhirnya terpaksa dirobohkan.

“Saya ingin tekankan bahawa walaupun adanya permohonan tanah yang diluluskan ia tidak semestinya melayakkan seseorang untuk mendirikan rumah tanpa mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur,” katanya.

Tambahnya pihak tidak bertanggun­gjawab itu menggunaka­n modus operandi dengan menjual satu lot tanah dengan harga permulaan sebanyak RM500 sehingga RM10,000 berdasarka­n perkhidmat­an tambahan termasukla­h penambakan atau pembersiha­n tanah dan juga pembinaan jalan raya.

“Setakat ini kita mengesan beberapa kegiatan sama daripada pihak tidak bertanggun­gjawab itu di penempatan haram sekitar sini termasukla­h Kampung Likas, Kampung Numbak, kawasan berhampira­n Jabatan Perikanan serta Unggun Jaya,” katanya.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan menjalanka­n operasi sama di beberapa kawasan setinggan sekitar sini termasuk setinggan Bukit Nenas Karamunsin­g dalam masa terdekat berikutan notis serta amaran berpindah suda diberikan kembali semalam.

 ??  ?? ROBOH: Salah sebuah setinggan haram yang dirobohkan di sini semalam.
ROBOH: Salah sebuah setinggan haram yang dirobohkan di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia