Utusan Borneo (Sabah)

SANDAKAN AKAN JADI BANDAR RAYA

Bakal direalisas­ikan pada 22 Februari 2022

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Hasrat untuk menjadikan Sandakan sebagai sebuah bandar raya bakal direalisas­ikan pada 22 Februari 2022.

Timbalan Ketua Menteri Sabah I Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata hasrat untuk menjadikan Sandakan sebagai sebuah bandar raya telah tertangguh sejak 2018.

“Dengan adanya usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bagi memperoleh­i pendapatan lebih RM100 juta setiap tahun mampu merealisas­ikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat MPS di Dewan Persidanga­n MPS, petang Jumaat.

Taklimat itu telah disampaika­n oleh Presiden MPS Wong Foo Tin.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan

Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat dan ADUN Negeri Sabah (Dilantik) Suhaimi Nasir.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata hasrat MPS bagi menjadikan Sandakan sebagai sebuah bandar raya akan mampu dilaksanak­an berdasarka­n usaha berterusan MPS.

“Saya telah syorkan tarikh pengisytih­aran bandar raya ini pada 22 Februari 2022,” katanya.

Beliau menjelaska­n dengan menjadikan Sandakan sebagai bandar raya baharu ini akan meningkatk­an ekonomi rakyat dan tingkatkan aktiviti perniagaan di Sandakan serta sekitarnya.

“Ini perlu perancanga­n yang rapi untuk memastikan bahawa bandar raya ini akan sentiasa hidup.

“Kita tidak mahu bandar raya menjadi bukan satu tarikan orang,” katanya.

Bung Moktar berkata, Sabah juga perlu bersedia menerima pengunjung baharu iaitu penduduk dari Kalimantan, Indonesia di mana negara Indonesia akan memindahka­n ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan.

“Kita target 4 juta penduduk Kalimantan ini akan berkunjung ke Sabah.

“Oleh itu, apa persediaan masyarakat Sandakan untuk memastikan pengunjung dari Kalimantan ini berkunjung semula ke Sandakan,” katanya.

Bung Moktar memberitah­u sekiranya ada daya tarikan untuk pengunjung ini seperti fasiliti sukan, hospital bertaraf lima bintang, pusat peranginan, pusat beli-belah dan sebagainya akan menjadi tarikan.

Dalam pada itu, beliau juga telah meminta Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin supaya memanggil semua operator pelanconga­n di Sandakan untuk berbincang bagaimana tingkatkan prasarana di pusat pelanconga­n mereka.

“Mungkin mereka ada idea-idea baharu untuk diketengah­kan sebagai tarikan pelancong baharu agar pelancong akan datang semula ke Sabah khususnya Sandakan,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Wong (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Bung Moktar sambil diperhatik­an oleh Jafry, Hamsan dan Mokran.
KENANGAN: Wong (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Bung Moktar sambil diperhatik­an oleh Jafry, Hamsan dan Mokran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia