Utusan Borneo (Sabah)

PKS Sabah kenal pasti punca utama aktiviti eksport Sabah tidak berdaya saing

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah mengenal pasti tiga isu utama menyebabka­n aktiviti eksport negeri ini kurang berdaya saing.

Presiden Persatuan PKS Sabah Foo Ngee Kee berkata, tiga perkara itu ialah kurangnya penghasila­n produk dalam skala besar, isu logistik dan kos perkapalan yang sangat tinggi.

“Selain itu, terdapat juga sesetengah kes disebabkan hasil agro yang mudah rosak dan jadual perkapalan yang tidak konsisten.

“Bagaimanap­un, isu utama yang membimbang­kan ialah kekurangan penghasila­n produk dalam skala besar, dalam tinjauan saya, terdapat beberapa ladang di negeri ini berskala komersial, tetapi para petani pula kebanyakan adalah petani mikro dan hanya mampu menjana pendapatan rendah.

“Dari segi logistik, disebabkan volum produk agro eksport yang rendah, hanya terdapat beberapa kapal sahaja yang sanggup datang ke pelabuhan Sabah.

“Keadaan ini seterusnya menyebabka­n jadual perkapalan yang tidak konsisten untuk pasaran eksport dari negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi dialog bersama Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dalam menyelesai­kan isu aktiviti eksport produk agro di Sabah pada Khamis.

Selain itu katanya, kos tinggi dalam perkapalan juga disebabkan hanya terdapat beberapa laluan sahaja untuk eksport ke pasaran luar seperti China.

“Eksport menggunaka­n kapal dagang keluar dari Sabah selalunya mengkehend­aki kapal berkenaan untuk membuat perhentian di Pelabuhan Klang sebelum kargo berkaitan dihantar ke destinasin­ya, ini juga menyebabka­n pengendali­an berganda,” katanya.

Foo dalam pada itu menjelaska­n PKS Sabah juga mencadangk­an mewujudkan pertanian koperasi antara PKS Sabah dan agensi kerajaan seperti Skim Peladangan Kelapa Sawit dalam FELDA.

Katanya, enam pusat pengumpula­n bahan mentah yang dimiliki kerajaan apabila siap nanti boleh menempatka­n kemudahan bilik sejuk beku untuk menyimpan produkprod­uk yang mudah rosak sementara mengisi ruangan kontena dan menunggu kehadiran kapal untuk mengangkut kargo berkenaan.

Menurutnya, cadangan untuk menjemput pelabur bukan dari Sabah dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) turut diutarakan dalam pertemuan berkenaan.

“Pelaburan di Sabah itu adalah untuk membangunk­an kemudahan berskala besar khususnya terhadap penghasila­n produk agro di negeri ini.

“Usaha ini juga akan mewujudkan pemindahan teknologi yang mana syaratnya adalah untuk menguntung­kan kedua-dua belah pihak, seperti penggunaan bahan mentah tempatan dan keutamaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, manfaatkan wilayah BIMP EAGA turut dicadangka­n. Wilayah berkenaan adalah seluas 1.6 juta kilometer persegi berbanding keluasan Sabah 73,631 kilometer persegi dan mempunyai populasi masing-masing 70 juta dan 3.9 juta.

Foo menjelaska­n pertemuan yang diadakan berjaya dengan perkongsia­n pelbagai pendapat. SEAC juga meminta PKS Sabah untuk menghantar lebih banyak cadangan yang boleh memberikan manfaat kepada ekonomi Sabah.

Katanya, sekiranya cadangan-cadangan berkenaan dapat diterima oleh SEAC, ia sudah pasti akan menarik perhatian kerajaan negeri ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Presiden PKS Sabah K.T Tan, Naib Presiden Y.L Ngan, Terrence Chong dan Setiausaha Agung C.V Lie. SEAC pula diwakili Setiausaha­nya Datuk Tan Kim Beng, serta ahli-ahlinya Datuk John Lo Thau Fah, Prof Datuk Dr Kasim dan Pegawai Perhubunga­n Awam Haji Abdul Rahman.

 ??  ?? KENAL PASTI ISU: Foo (empat kanan) menyerahka­n buku PKS Sabah kepada Tan, turut kelihatan ialah Terrence (kiri), Rahman (dua kiri), John (tiga kiri), Kasim (empat kiri), Tan (tiga kanan), Ngan (dua kanan) dan Lie (kanan).
KENAL PASTI ISU: Foo (empat kanan) menyerahka­n buku PKS Sabah kepada Tan, turut kelihatan ialah Terrence (kiri), Rahman (dua kiri), John (tiga kiri), Kasim (empat kiri), Tan (tiga kanan), Ngan (dua kanan) dan Lie (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia