Utusan Borneo (Sabah)

Jahid adakan lawatan kerja ke Telupid

- Oleh Yap Siong Han

TELUPID: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim membuat lawatan kerja ke Pejabat Daerah Telupid, semalam.

Kehadiran Jahid disambut oleh Pegawai Daerah Telupid yang baharu, Celestine Jetony bersama kakitangan­nya serta ketua-ketua jabatan daerah berkenaan.

Sepanjang lawatan itu, Jahid diberi taklimat mengenai daerah Telupid oleh Celestine, termasuk isu dan cabaran yang dihadapi di daerah itu.

Dalam ucapan ringkasnya, Jahid mengucapka­n tahniah kepada Celestine yang dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Telupid yang baharu.

Katanya, gandingan kepimpinan peringkat daerah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone Kurum dilihat sangat mantap, justeru itu, beliau berharap langkah ke arah memajukan daerah Telupid akan berjalan lancar.

Beliau yang juga ADUN Tamparuli, mengesyork­an agar segala permasalah­an, isu serta cabaran daerah yang dilihat mendesak bagi keperluan daerah Telupid dapat diutarakan oleh Jonnybone pada Persidanga­n DUN kelak.

Katanya, daerah Telupid juga berpotensi sebagai pusat pelanconga­n menarik, melihat kepada beberapa kawasan yang dilihat berupaya menjana ekonomi penduduk di daerah berkenaan.

Beliau berharap agar semua yang hadir terpelihar­a dan terhindar daripada wabak pandemik COVID-19, dan menasihatk­an kepada semua penduduk agar segera mendaftar dalam program vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahter­a.

Untuk rekod, daerah Telupid yang dahulunya merupakan daerah kecil sejak 1977, telah diwartakan sebagai daerah penuh pada Januari 2014, mempunyai seramai 30,800 penduduk (mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia 2010).

Antara suku kaum yang terdapat di sini ialah Dusun, Kadazan, Dumpas, Sungai, Tidong, Bugis dan lain-lain.

Turut hadir ADUN Lumadan Ruslan Muharam, dan Setiausaha Rendah (Sosio Ekonomi) Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Norsafi Dukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia