Utusan Borneo (Sabah)

Sawena platform baharu usahawan wanita cemerlang

-

KOTA KINABALU: Persatuan Usahawan Wanita Cemerlang Sabah (SAWENA) yang baru ditubuhkan adalah persatuan yang mengumpulk­an semua usahawan wanita di negeri Sabah.

Persatuan ini mula ditubuhkan pada September 2020 adalah bertujuan untuk membantu ahli menambah pendapatan melalui aktiviti perniagaan dan jaringan industri dalam persatuan.

Sawena juga adalah wadah bagi menyalurka­n informasi yang berguna yang berkaitan dengan pembanguna­n keusahawan­an kepada ahli, kata Timbalan Presiden Sawena, Ani Mohd Ridzuan.

Ketika dihubungi, beliau berkata, Sawena ditubuhkan bagi membentuk jaringan usahawan wanita melalui aktiviti perniagaan.

Selain itu ia bagi menyediaka­n satu platform interaksi di kalangan masyarakat usahawan wanita sama ada di Malaysia dan seterusnya ke peringkat global.

Melalui Sawena, kita akan membentuk satu komuniti usahawan wanita yang komited dan berprinsip, katanya.

Sawena sangat fokus untuk mempastika­n ahli persatuan mencapai sukses dalam penglibata­n ahli khususnya dalam dunia keusahawan­an.

Persatuan komited untuk membangunk­an usahawan dari golongan wanita agar mampu memberi impak yang besar kepada kemakmuran ekonomi negeri khususnya dan negara amnya.

Selain itu, jalur bermaksud wawasan, visi dan misi perjalanan para usahawan wanita daripada perniagaan lokal ke global.

Sawena dipimpin oleh Salina Ali sebagai Presiden, Ani Mohd Ridzuan (Timbalan Presiden), Faineh Modirim (Setiausaha), Noorhaizah Ramzah (Bendahari), Mary Jim (Biro Ekonomi dan Latihan), Dianti Dise (Biro PR, Publisiti dan Media) dan Satisa Jalaludin (Biro keahlian), Diana Chong (Biro Sosial dan Rekreasi).

 ??  ?? BENTUK KOMUNITI USAHAWAN: Ahli-ahli persatuan Sawena bentuk komuniti usahawan wanita.
BENTUK KOMUNITI USAHAWAN: Ahli-ahli persatuan Sawena bentuk komuniti usahawan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia