Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah bersyukur miliki rumah sendiri hasil bantuan Ewon

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA BELUD: Keluarga Lilyana Alin, 42, dari Kampung Tambulion yang sebelum ini menumpang di rumah ibu bapanya amat bersyukur dan gembira kerana memiliki rumah sendiri.

Katanya beliau sudah lama memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagaimanap­un tidak berjaya sehinggala­h mendapat bantuan mantan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

“Saya sudah lama memohon rumah PPRT tetapi tidak berjaya, sebab itu saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Ewon atas usaha beliau membantu mempermuda­hkan permohonan keluarga saya mendapatka­n rumah baharu yang lebih selesa.

“Sebelum ini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu bapa kerana tiada rumah sendiri.

“Saya hanya suri rumah dan suami saya bekerja sendiri sebagai penjual minyak di kawasan kampung untuk menampung keluarga,” kata ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

Sementara itu Ewon meluangkan masa mengunjung­i rumah baru Lilyana, seorang daripada penerima Rumah PPRT di Kampung

Tambulion dalam kawasan DUN Kadamaian di sini.

Dalam kunjungan itu, beliau turut menyampaik­an bantuan berupa barangan dan keperluan dapur untuk keluarga berkenaan.

“Saya gembira dapat membantu keluarga yang memerlukan bantuan dan kita akan terus berusaha membantu rakyat di kawasan Kadamaian, kerana ini adalah tanggungja­wab saya sebagai wakil rakyat kawasan ini,” katanya.

Rumah PPRT itu sudah siap sepenuhnya dan keluarga Lilyana akan berpindah apabila pemasangan meter elektrik siap dalam masa terdekat.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ewon (dua kanan) menyerahka­n bantuan makanan kepada Lilyana.
SUMBANGAN: Ewon (dua kanan) menyerahka­n bantuan makanan kepada Lilyana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia