Utusan Borneo (Sabah)

Dua tapak dibangun taman agro dikenal pasti di Betong Satu tapak di Lubok Tamang, Saribas dan satu lagi berhampira­n projek cadangan STOLport Bebuling di Spaoh: Uggah

-

“Sementara taman agro satu lagi adalah berdekatan STOLport Bebuling di Spaoh dan ia memiliki kawasan seluas 1,500 hektar ditambah dengan 300 hektar untuk pertanian moden. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

DEBAK: Kerajaan negeri telah mengenal pasti dua tapak di Bahagian Betong untuk dibangunka­n sebagai taman agro.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tapak tersebut ialah di Lubok Tamang, Saribas dan satu lagi berhampira­n projek cadangan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling di Spaoh.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, taman agro Lubok Tamang memiliki kawasan seluas kira-kira 2,000 hektar.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyelesai­kan pelan induk salirannya.

“Sementara taman agro satu lagi adalah berdekatan STOLport Bebuling di Spaoh dan ia memiliki kawasan seluas 1,500 hektar ditambah dengan 300 hektar untuk pertanian moden,” katanya kepada pemberita selepas melakukan simbolik majlis pecah tanah Kompleks Sukan Debak di sini, semalam.

Uggah berkata, kerajaan telah meluluskan RM8.9 juta untuk pembinaan kompleks yang dijangka siap setahun dari sekarang di kawasan seluas kira-kira empat hektar dan bakal mempunyai trek larian, padang bola sepak dan kemudahan lain.

Mengulas lanjut mengenai taman agro beliau berkata, kerajaan akan mempertimb­angkan model syarikat induk dalam membangunk­an taman berkenaan, bagi memastikan semua hasil petani dapat dijual.

“Model ini ialah terdapat syarikat berpengala­man dalam penanaman komoditi untuk membantu membangunk­an taman berkenaan.

“Ini kerana syarikat sedemikian mempunyai jaringan pasaran yang sangat baik. Ini adalah satu cabaran terbesar kita.

“Di samping itu, syarikat seperti ini juga memenuhi jangkaan standard makanan negara-negara pengimport yang sangat ketat. Tidak mungkin syarikat baharu mempunyai kriteria ini,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua taman agro yang dikenal pasti juga merupakan sebahagian daripada kawasan Bakul Makanan Betong yang merangkumi kawasan dari Betong hingga Bahagian Mukah.

Di taman agro berkenaan Uggah berkata, petani dan usahawan tani yang berminat boleh memohon untuk menyewa plot untuk aktiviti pertanian mereka.

Katanya, kerajaan akan menyediaka­n semua infrastruk­tur yang diperlukan termasuk sistem teknologi maklumat (IT) untuk manfaat kepada mereka.

“Harapan kami kepada para petani di kedua-dua kawasan ini, mereka memberi kerjasama sepenuhnya dan bersedia menggunaka­n kaedah pertanian moden yang dapat membantu mereka menjana lebih banyak pendapatan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri Saribas Mohd Razi Sitam, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Residen Betong Friday Belik.

 ??  ?? LANCAR: Uggah bersama Razi serta yang lain semasa majlis pecah tanah projek Kompleks Sukan Debak, semalam.
LANCAR: Uggah bersama Razi serta yang lain semasa majlis pecah tanah projek Kompleks Sukan Debak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia