Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Rumah Manggi beri kerjasama baik ujian COVID-19

-

LIMBANG: Penduduk di Rumah Manggi Menuang Baru memberi kerjasama baik ketika diminta melakukan ujian saringan COVID-19 sekali gus menafikan khabar angin mendakwa ada sesetengah penduduk lari dan mengelak disaring.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata berdasarka­n maklumat dan laporan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), semua penduduk memberi kerjasama baik dan bersedia menjalani ujian saringan COVID-19.

“Setakat ini, tiada maklumat mengatakan penduduk lari dan enggan melakukan saringan COVID-19.

“Malah,pendudukme­mberi kerjasama baik ketika petugaspet­ugas KKM menjalanka­n ujian saringan COVID-19,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Paulus berkata, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) bermesyuar­at bersama KKM melalui taklimat disampaika­n Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Norliza Jusoh kelmarin.

Menurutnya, hasil taklimat sama tiada laporan mengatakan penduduk lari dan enggan melakukan ujian COVID-19.

“Malah, rumah panjang itu hanya mempunyai dua laluan akses yang telah dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari bermula kelmarin hingga 21 April nanti,” katanya.

Paulus berkata, bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga diagihkan kepada penduduk semalam untuk menampung keperluan selama dua minggu.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan penguatkua­saan dilaksanak­an ketika mengadakan pemantauan di rumah berkenaan semalam.

“Tinjauan adalah untuk memantau situasi dan penguatkua­saan sekatan pergerakan dilaksanak­an di kawasan tersebut.

“Diharapkan semua pihak memberi kerjasama dan saling bertanggun­gjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” jelasnya.

Katanya, ia penting bagi memastikan jaminan keselamata­n diri dan orang awam dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Residen Bahagiàn Limbang Sebi Àbang, Penolong Penguasa Bomba Azman Ibrahim dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Sulaiman Salama.

 ??  ?? TAKLIMAT: Paulus (dua kiri) mendengar taklimat daripada Sulaiman (tiga kiri) ketika meninjau Rumah Manggi semalam.
TAKLIMAT: Paulus (dua kiri) mendengar taklimat daripada Sulaiman (tiga kiri) ketika meninjau Rumah Manggi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia