Utusan Borneo (Sabah)

Isu ‘wilayah,’ kerajaan perlu adakan persidanga­n Parlimen segera: Dr Yii

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n mesti memanggil persidanga­n Parlimen sekarang tanpa sebarang penangguha­n dan menjelaska­n kepada rakyat Sabah dan Sarawak berhubung keputusan merujuk Sabah dan Sarawak sebagai ‘Wilayah’ dan bukannya negeri berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, penjelasan juga harus diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak akan perubahan tersebut yang dibuat tanpa perubahan atau pindaan pada Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kami tidak mahu ini hanya menjadi pertukaran kosmetik tanpa sebarang kuasa undang-undang untuk mewujudkan rasa keselamata­n yang palsu sebagai daya tarikan untuk Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Ini dapat disamakan dengan keadaan di mana seseorang menggunaka­n nama glamornya untuk nampak baik tetapi secara sah di kad pengenalan­nya, namanya berbeza sama sekali sehingga memberikan nama glamor itu tidak sah,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu lagi, dalam ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi Yassin minggu lepas, beliau menyatakan bahawa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan mengumumka­n keputusann­ya berhubung beberapa isu termasuk pindaan Perlembaga­an Persekutua­n dan halhal sosioekono­mi berkaitan

Sabah dan Sarawak minggu ini.

“Jangan beritahu saya bahawa pertukaran nama kosmetik ini adalah semua yang sepatutnya diumumkan? Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus bersidang semula di Parlimen dan itulah tempat terbaik untuk mengadakan perbahasan dan input yang tepat mengenai topik penting seperti ini,” katanya.

Ujar Dr Yii lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga harus membentang­kan pindaan perlembaga­an yang diperlukan untuk mengembali­kan hak-hak ini di Parlimen agar tidak hanya sekadar ‘lip service’ sebelum pilihan raya.

Di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelumnya, dalam tempoh setahun, PH membentang­kan pindaan perlembaga­an pada Artikel 1(2) yang mengembali­kan perkataan asal pada MA63 yang memberikan kuasa undang-undang kepada status asal Sabah dan Sarawak seperti yang dipersetuj­ui dalam MA63.

Bagaimanap­un katanya, percubaan ini gagal kerana penolakan daripada UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Yang menjadi perhatian adalah dengan hanya perubahan nama sekarang tanpa pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n, apa yang akan membezakan wilayah kita dengan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Labuan yang berada di bawah bidang kuasa dan kuasa kerajaan persekutua­n?

“Ini adalah penting kerana ini berkenaan hak kita dan sama ada kita secara tidak langsung lebih banyak kawalan kerajaan persekutua­n ke atas Sabah dan Sarawak,” katanya.

Itulah sebabnya, Parlimen harus dibuka segera dan ia adalah platform terbaik untuk perbincang­an dan perbahasan yang mendalam, katanya.

 ??  ?? DR YII
DR YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia