Utusan Borneo (Sabah)

Misi jadi peneraju industri minyak dan gas di Sarawak 10 syarikat di bawah SPECA bergabung tubuh konsortium

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sepuluh syarikat di bawah Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) bergabung menubuhkan SPECA Consortium Sdn Bhd dalam usaha menjadi pemain utama industri minyak dan gas di Sarawak.

Pengerusi Eksekutif SPECA Consortium Sdn Bhd Dato Rahman Lariwoo berkata, 10 syarikat itu ialah Dumas Holdings Sdn Bhd, Konsortium Bumi Consultant­s and Services, Astaka Consulting Engineers Sdn Bhd, Petro Parts Sdn Bhd, Precise JV Resources Sdn Bhd, EPC Synergy Sdn Bhd, Pelangi Indah Engineerin­g Sdn Bhd, Fastart Sdn Bhd, BMECH Constructi­on Sdn Bhd dan Worldbay Diversifie­d Sdn Bhd.

“Kita berharap dengan penubuhan konsortium ini dapat memberi peluang kepada ahli-ahli SPECA untuk terlibat dalam industri minyak dan gas di perairan Sarawak ini sekaligus menjadi pemain utama industri itu di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat ringkas SPECA di sini semalam.

Pada mesyuarat itu tambahnya, 10 ahli lembaga pengarah mewakili setiap syarikat berkenaan juga dilantik dalam SPECA Consortium Sdn Bhd.

Malah jelas Rahman, mesyuarat itu juga sebulat suara melantik Ir Jamel Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPECA Consortium Sdn Bhd, manakala jawatan Ketua Pegawai Operasi disandang Ahmad Sazali Annuar.

Selain 10 syarikat itu, beliau memberitah­u SPECA Consortium Sdn Bhd turut menjalinka­n usahasama dengan tiga syarikat berpengala­man dalam industri minyak dan gas dari Korea Selatan

“Kita berharap dengan penubuhan konsortium ini dapat memberi peluang kepada ahli-ahli SPECA untuk terlibat dalam industri minyak dan gas di perairan Sarawak ini sekaligus menjadi pemain utama industri itu di negeri ini.” Dato Rahman Lariwoo Pengerusi Eksekutif SPECA Consortium Sdn Bhd

KHPT Co Ltd, PMC Co Ltd dan Pasific Ocean Marine Industry Co Ltd.

Menurutnya, tiga syarikat itu mempunyai kepakaran dan aset yang mencukupi bagi industri tersebut.

“Hari ini kita menandatan­gani dokumen perjanjian SPECA Consortium Sdn Bhd melibatkan 10 syarikat berkaitan dengan minyak dan gas.

“Pada masa sama kita juga menandatan­gani dokumen perjanjian untuk mengadakan usahasama bersama tiga syarikat dari Korea

Selatan yang diadakan secara maya,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan Sarawak menerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) membantu SPECA Consortium Sdn Bhd agar sama-sama dapat menjadi pemain utama minyak dan gas di negeri ini.

“Kita juga berharap Petronas tampil membantu kita dalam industri ini dengan memberi lebih banyak peluang kepada syarikat minyak dan gas di Sarawak menerokai industri di perairan negeri ini,” ujarnya.

 ??  ?? TEROKAI PELUANG: Rahman mengadakan sidang media selepas mesyuarat ringkas SPECA semalam.
TEROKAI PELUANG: Rahman mengadakan sidang media selepas mesyuarat ringkas SPECA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia