Utusan Borneo (Sabah)

‘Wilayah’ Sarawak cuma wayang politik

Ling dakwa ia hanya permainan perkataan parti pemerintah untuk kelirukan rakyat

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menganggap rujukan ‘Wilayah’ untuk Sarawak oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sandiwara dan wayang politik sematamata.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, ia juga hanya permainan perkataan dan heboh daripada parti pemerintah untuk mengeliruk­an rakyat.

“Ini satu sandiwara, satu lagi wayang nak menghina orang Sarawak sekali lagi dan menutup kegagalan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” tegasnya semalam.

Ling yang juga Setiausaha PH dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata, GPS dilihat seperti tidak ikhlas dalam mengembali­kan kedudukan Sarawak sekiranya bersetuju sepenuhnya terhadap cadangan PM untuk merujuk Sarawak sebagai ‘Wilayah.’

Buat masa sekarang katanya, GPS dilihat masih senyap dan belum melakukan tindakan drastik berhubung perkara itu.

Ling berkata, ketidakikh­la- san GPS dibuktikan setelah menolak pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n di Parlimen yang merupakan perkara paling mustahak untuk memulihkan kedudukan negeri ini.

“Ironinya, hari ini dua tahun lepas, rang undang-undang itu ditolak pada 9 April 2019. Rang undang-undang ini gagal untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen pada hari sama.

“Perkara ini adalah untuk memulihkan kedudukan kita agar tidak menjadi salah satu daripada 13 negeri. Supaya Sabah, Sarawak dan sembilan negeri di Semenanjun­g,” katanya.

Ketika memerintah, PH mahu memulihkan kembali kedudukan Sarawak dan hak secara progresif tetapi telah ditolak oleh GPS, kata Ling lagi.

Justeru katanya, PH sekali lagi mendesak PM agar segera memanggil persidanga­n Parlimen untuk mendapat majoriti sokongan ke atas pindaan rang undang-undang itu.

Anggota PH katanya, akan memberi sokongan penuh sekiranya rang undang-undang itu dibentang semula di Parlimen.

Ling mendakwa, PM masih kurang yakin akan majoriti sokongan terhadap beliau di Parlimen dan kerisauan diminta berundur menjadi faktor beliau gentar memanggil persidanga­n selaku ketua majlis persidanga­n.

“Kami Pakatan Harapan mendesak sidang Parlimen diadakan dengan segera seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan tiada alasan kenapa Parlimen tidak dilangsung­kan,” jelasnya.

Ini satu sandiwara, satu lagi wayang nak menghina orang Sarawak sekali lagi dan menutup kegagalan GPS (Gabungan Parti Sarawak). ” Senator Alan Ling Ahli Dewan Negara

 ??  ?? IMBAU KEMBALI: Alan Ling menunjukka­n laporan berita tentang penolakkan GPS terhadap pindaan Rang Undang-Undang Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n dikemukaka­n PH pada 2019.
IMBAU KEMBALI: Alan Ling menunjukka­n laporan berita tentang penolakkan GPS terhadap pindaan Rang Undang-Undang Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n dikemukaka­n PH pada 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia