Utusan Borneo (Sabah)

MYDIN RTE Bazar Ramadan kembali lagi

Tawar 200 hidangan berbuka puasa, setiap cawangan tawar sajian istimewany­a tersendiri

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

SUBANG JAYA: Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menganjurk­an MYDIN RTE Bazar Ramadan bagi memudahkan para pelanggann­ya membeli juadah berbuka puasa pada tahun ini.

Pengurus Cawangan Mydin Subang Jaya, Azlina Mat Kassim berkata, MYDIN RTE Bazar Ramadan kali ini dianjurkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan.

“Sebanyak 200 juadah berbuka puasa akan dijual setiap hari dan setiap cawangan akan menawarkan sajian istimewany­a tersendiri.”

“Contohnya, di Mydin cawangan Sarawak akan menyediaka­n juadah seperti Mi Kolok dan Laksa Sarawak. Selain itu pelbagi jenis kuihmuih juga akan turut dijual,” katanya.

Azlina berkata demikian dalam satu tinjauan wartawan Utusan Borneo ke Mydin Subang Jaya, barubaru ini.

Menurut Azlina lagi, kesemua juadah yang dijual di MYDIN RTE Bazar Ramadan disediakan oleh pekerja Mydin sendiri.

“Di sini kami mempunyai 8 cef yang akan memasak dan menyediaka­n pelbagai sajian masakan yang beraneka rasa.”

“Kami juga ingin memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami. Kesemua barangan mentah yang digunakan adalah barangan segar dan setiap juadah akan di sediakan dengan rapi.”

“MYDIN RTE Bazar Ramadan ini juga akan memudahkan para pelanggan Mydin.

Mereka tidak perlu pergi ke tempat lain untuk membeli juadah, semuanya ada di sini,” katanya.

“Sebanyak 200 juadah berbuka puasa akan dijual setiap hari dan setiap cawangan akan menawarkan sajian ” istimewany­a tersendiri. Azlina Mat Kassim Pengurus Cawangan Mydin Subang Jaya

 ??  ?? BERPATUTAN: MYDIN RTE Bazar Ramadan menjual pelbagai jenis juadah dengan harga yang berpatutan.
BERPATUTAN: MYDIN RTE Bazar Ramadan menjual pelbagai jenis juadah dengan harga yang berpatutan.
 ??  ?? PATUH SOP: MYDIN RTE Bazar Ramadan cawangan Subang Jaya.
PATUH SOP: MYDIN RTE Bazar Ramadan cawangan Subang Jaya.
 ??  ?? ENAK: MYDIN RTE Bazar Ramadan di setiap cawangan akan mempunyai menu istimewany­a yang tersendiri.
ENAK: MYDIN RTE Bazar Ramadan di setiap cawangan akan mempunyai menu istimewany­a yang tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia