Utusan Borneo (Sabah)

MOTAC teruskan geran sokongan bantu pemulihan industri pelanconga­n

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Tourism Malaysia akan meneruskan pemberian Geran Sokongan Pelanconga­n, Seni dan Budaya (GSPSB) yang tertangguh pada tahun lepas susulan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Kementeria­n Kewangan telah meluluskan penyambung­an semula geran yang melibatkan peruntukan keseluruha­n RM30 juta sebagai langkah pemulihan industri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Geran itu bertujuan menyemarak­kan dan mengaktifk­an semula sektor pelanconga­n, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n selamat untuk dikunjungi.

“Peruntukan ‘one-off’ di bawah seliaan MOTAC mula digunakan pada Februari 2020 dengan baki peruntukan semasa sebanyak RM24 juta.

“Penganjura­n acara dan program di bawah dana GSPSB mesti diadakan di dalam negara dengan memiliki elemen tarikan penyertaan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Penggiat industri yang layak memohon GSPSB terdiri daripada syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.

“Nilai yang ditetapkan bagi penganjura­n sesebuah acara atau program di bawah GSPSB adalah antara RM20,000 sehingga RM500,000. GSPSB turut ditetapkan pada kadar maksimum 50 peratus daripada jumlah perbelanja­an sebenar keseluruha­n acara dan program atau mengikut siling maksimum RM500,000,” jelasnya.

Bagaimanap­un, pertimbang­an permohonan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Untuk memohon atau mendapatka­n maklumat lanjut mengenai G S P S B, layari laman sesawang www.tourism.gov. my atau hubungi talian 038891 8191/8192/8196/8232. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia