Utusan Borneo (Sabah)

Sidang Kemuncak D-8 berakhir dengan Deklarasi Dhaka 2021

-

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Dhaka, Bangladesh melabuhkan tirainya semalam dengan Deklarasi Dhaka 2021, yang antara lain mengambil maklum mengenai dua isu utama dihadapi manusia iaitu peperangan terhadap pandemik COVID19 dan perubahan iklim.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia ke sidang secara maya semalam, yang didahului dengan Sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri D-8 ke-19 pada Rabu, yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddi­n Tun Hussien, dan sesi Mesyuarat Pesuruhjay­a

D-8 ke-43 pada Isnin dan Selasa.

Negara anggota juga mempertimb­angkan penubuhan Tabung Penyakit Pandemik dalam usaha untuk melawan penyakit kronik seperti COVID-19, dan mengarahka­n kesemua Kementeria­n Kesihatan dan institusi awam/swasta untuk menggunaka­n sepenuhnya makmal yang serba lengkap sedia ada dan pusat kajian untuk penyakit pandemik.

Dalam deklarasi mereka, kumpulan lapan negara itu memanggil negara anggota untuk bekerjasam­a dalam perbincang­an dengan syarikat farmaseuti­kal antarabang­sa yang menghasilk­an vaksin COVID-19, dalam memberikan kelebihan dari segi kuantiti dan harga, untuk kesemua Negara Anggota D-8.

Mereka juga memuji peranan penting Menteri Luar Indonesia sebagai Pengerusi Bersama COVAX AMC EG, dalam memastikan akses yang selamat dan sama kepada vaksin untuk semua, kerana tiada satu ekonomi pun yang boleh pulih sepenuhnya, sehingga global mendapat akses vaksin yang adil.

Negara anggota juga mengalu-alukan cadangan Bangladesh untuk pembentuka­n Kumpulan Kerja D-8, bagi menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, dengan mengenal pasti cabaran dalam perdaganga­n dan pelaburan, dengan negara itu menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama.

Berkaitan perubahan iklim, kumpulan itu mengulangi kenyataan bahawa perubahan iklim merupakan satu cabaran terbesar masa kini dan menyatakan kebimbanga­n menenai pelepasan gas rumah hijau terus meningkat di seluruh dunia.

Negara-negara membangun terutamany­a, menghadapi masalah terhadap impak buruk akibat perubahan iklim dan telah pun mula mengalami peningkata­n terhadap impak itu, yang secara terus mengancam keselamata­n makanan, ketersedia­an air dan mata pencarian.

Negara anggota menyedari risiko besar yang dihadapi akibat perubahan iklim terhadap kesihatan dan menekankan mitigasi dan penyesuaia­n terhadap perubahan iklim merupakan keutamaan global yang segera dan mendesak.

Mereka menyuaraka­n komitmen mereka untuk menggabung­kan usaha, dalam mencapai adaptasi yang sesuai terhadap perubahan iklim menerusi ‘Climate Vulnerable Forum’ (CVF) dalam usaha untuk mengurangk­an kesan buruk terhadap penduduk di negara-negara membangun.

Kumpulan itu turut memperakuk­an kerja cemerlang yang telah dilakukan Sekteriat D-8 dan menghargai usaha yang telah dilakukan Duta Besar Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dari Malaysia, yang merupakan Setiausaha Agung D-8 sejak tiga tahun lepas.

Mereka turut mengalualu­kan pencalonan Duta Besar Nigeria Isiaka Abdulkadir Imam sebagai Setiausaha Agung D-8 yang seterusnya.

Mereka turut mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n terhadap Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan atas kepimpinan, komitmen dan usaha gigih dalam mempromosi­kan objektif D-8 sewaktu menjadi Pengerusi D-8 serta kerajaan dan rakyat Banglasesh atas kejayaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ke-10.

Kumpulan itu mengalualu­kan tawaran kerajaan Mesir untuk menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak D-8 ke-11 pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Negara Anggota D-8 adalah Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki dengan sekteriat kumpulan itu berpusat di Istanbul, Turki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia