Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pemain NFL tembak mati lima, bunuh diri Mangsa termasuk seorang doktor dan isterinya, motif serangan di Carolina Selatan itu masih disiasat

-

WASHINGTON: Seorang bekas pemain futbal profesiona­l Amerika (NFL) membunuh lima orang termasuk seorang doktor dan isteri doktor sebelum membunuh dirinya sendiri, polis di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) mengesahka­n kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan pada sidang media bahawa bekas pemain penjuru San Francisco 49ers Phillip Adams telah menembak mati lima mangsa pada Rabu lepas di bandar Rock Hill.

Dia kemudian pulang ke rumah orang tuanya, di mana dia membunuh dirinya sendiri pada awal kelmarin selepas ketegangan dengan polis.

“Tiada apa-apa sekarang yang memberikan petunjuk kepada kami,” kata syerif York County Kevin Tolson, sambil menambah bahawa penguat kuasa undang-undang masih belum menentukan sebarang motif.

Lima mangsa termasuk doktor berusia 70 tahun, isterinya berusia 69 tahun dan dua cucu mereka, berusia lima dan sembilan tahun, termasuk seorang juruteknik dandang berusia 38 tahun yang terbunuh ketika bekerja di luar kediaman mereka.

Doktor tersebut, Robert Lesslie, merupakan “orang utama” dalam komunitiny­a, kata syerif.

Beliau telah menubuhkan sebuah pusat rawatan kesihatan berhampira­n, menurut media tempatan.

“Penderitaa­n kami akibat kehilangan yang kami alami tidak terkata buat masa ini,” menurut keluarga Lesslie dalam satu kenyataan, dibacakan oleh Tolson pada sidang media.

Mangsa keenam, seorang juruteknik bertugas di rumah, telah dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius akibat tembakan, menurut Tolson.

Selepas tiba di tempat kejadian jenayah, polis segera mengenal pasti Adams sebagai seorang suspek bedasarkan bukti, menurut syerif.

Selepas memindahka­n ibu bapa Adams, yang tidak menyedari tentang apa yang telah berlaku, dari kediaman mereka, pihak berkuasa cuba untuk menghampir­i bekas pemain NFL itu, yang masih berada di rumah.

Ketika anggota polis memasuki rumah, mereka telah menemui mayat Adams, menurut Tolson. Dia meninggal dunia akibat kecederaan yang disebabkan oleh dirinya sendiri.

Bercakap kepada rangkaian televisyen tempatan, bapa Adams, Alonzo menyatakan beliau mempercaya­i tindakan bermain futbal secara profesiona­l telah “mencelaruk­annya”.

Karier profesiona­l Adams, dari 2010-2015, telah dicemari dengan kecederaan, termasuk hentakan.

Sebagai tambahan kepada 49ers, dia turut bermain bagi New England Patriots, New York Jets, Oakland Raiders dan Atlanta Falcons.

Pembunuhan lima orang itu muncul ketika AS masih berduka akibat dua kejadian tembakan beramai-ramai pada awal 2021 di Atlanta dan Boulder, Colorado.

Presiden AS Joe Biden, yang telah mendedahka­n satu rancangan bagi langkah kawalan senjata baharu kelmarin, menganggap keganasan senjata di negara ini sebagai satu “epidemik” dan “tindakan memalukan di peringkat antarabang­sa.”

Ketika ucapannya, Biden memetik kejadian tembakan di Rock Hill sebagai satu contoh. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MEMORIAL: Seorang lelaki menyusun barang di memorial di luar ‘Riverview Family Medicine and Urgent Care’ selepas kejadian tembakan yang meragut lima nyawa di Carolina Selatan.
— Gambar AFP MEMORIAL: Seorang lelaki menyusun barang di memorial di luar ‘Riverview Family Medicine and Urgent Care’ selepas kejadian tembakan yang meragut lima nyawa di Carolina Selatan.
 ?? — Gambar AFP ?? FAIL: Gambar fail 8 Disember, 2013 menunjukka­n Adams ketika bermain bagi Oakland Raiders menentang New York Jets di Stadium Metlife di East Rutherford, New Jersey.
— Gambar AFP FAIL: Gambar fail 8 Disember, 2013 menunjukka­n Adams ketika bermain bagi Oakland Raiders menentang New York Jets di Stadium Metlife di East Rutherford, New Jersey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia