Utusan Borneo (Sabah)

Tembakan di Texas bunuh seorang, beberapa lagi cedera

-

BRYAN: Seorang terbunuh dan beberapa lagi dalam keadaan kritikal selepas satu kejadian tembakan di sebuah kedai di Texas kelmarin, hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatka­n keganasan senjata sebagai satu “epidemik” dan mendedahka­n rancangan bagi menangani krisis tersebut.

Suspek telah “berada dalam tahanan,” menurut jabatan polis di timur Texas di pekan Bryan di mana serangan berlaku.

Pihak berkuasa menyatakan individu tersebut menembak dan mencederak­an seorang anggota polis selepas insiden dan merupakan seorang pekerja bagi pengeluar kabinet di mana dia melakukan tembakan.

Menurut Ketua Polis Eric Buske, pihak berkuasa menerima satu panggilan “tepat jam 2.30 petang tadi” mengenai serangan di Kent Moore Cabinets.

“Seorang terbunuh di tempat kejadian,” beliau memberitah­u wartawan, dan empat mangsa lagi sudah dibawa ke hospital “dalam keadaan kritikal dengan kecederaan akibat terkena tembakan.”

Jabatan Polis Bryan mengesahka­n seramai tujuh mangsa, yang turut termasuk seorang yang mengalami kecederaan ringan serta seorang lagi dengan satu isu kesihatan berasingan “berkaitan dengan insiden”.

Jabatan Pertahanan Awam Texas melaporkan seorang anggota tentera negeri “telah ditembak ketika mengejar seorang individu disyaki terlibat dalam kejadian tembakan di Bryan. Beliau masih berada dalam keadaan serius namun stabil.”

Ia masih belum jelas sekiranya anggota polis adalah antara kiraan oleh Jabatan Polis Bryan.

Insiden berlaku selepas serangan senjata beramairam­ai terbaru di Colorado, Georgia dan California, dengan hampir 40,000 orang di AS meninggal dunia setiap tahun akibat tembakan, kira-kira separuh daripadany­a adalah tindakan bunuh diri.

“Seperti yang anda dapat bayangkan ia adalah kompleks kerana anda mempunyai ramai pekerja di gudang, dan maka kami telah membahagi-bahagikann­ya dan menemu bual saksi serta bercakap dengan mereka bagi mengetahui apa yang telah berlaku,” Buske memberitah­ui wartawan.

Isu mengenai undangunda­ng senjata di AS adalah dipertikai­kan dari segi politik.

Kelmarin Biden mengumumka­n enam langkah eksekutif yang menurut beliau akan membantu mengurangk­an krisis keganasan senjata, namun pihak Republikan segera membidas cadangan tersebut, dengan pemimpin kanan parti dalam Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy, memberikan amaran bagi “melampaui perlembaga­an.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEKAT: Anggota polis menyekat jalan berhampira­n tempat kejadian tembakan di Bryan, Texas kelmarin.
— Gambar AFP SEKAT: Anggota polis menyekat jalan berhampira­n tempat kejadian tembakan di Bryan, Texas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia