Utusan Borneo (Sabah)

Bekas PM Niger dibebas dari penjara, jalani rawatan perubatan di Perancis

-

NIAMEY: Hama Amadou, seorang figura pembangkan­g terkenal di Niger, telah dibenarkan keluar dari penjara untuk pergi ke Perancis bagi mendapatka­n rawatan perubatan, seorang pembantu kanan berkata kelmarin.

Bekas perdana menteri berusia 71 tahun itu tiba di Perancis pada Rabu lepas, penasihat komunikasi­nya Abdou Rafa memberitah­u AFP.

Rafa menyatakan Amadou akan berada di Perancis selama dua minggu dan kemudian kembali ke penjara. Dia berdepan tuduhan bagi peranannya dalam keganasan pasca pilihan raya.

Amadou, salah seorang figura terkenal pembangkan­g Niger, telah berada dalam tahanan pada 1 Mac di Filingue, sebuah bandar kira-kira 200 kilometer di barat ibu negeri Niamey.

Juga seorang bekas speaker parlimen, Amadou telah dituduh bagi penglibata­n dalam protes yang tersebar meluas melibatkan keputusan satu pilihan raya presiden pada Februari yang memberikan kemenangan­n kepada calon parti pemerintah Mohamed Bazoum dari pemimpin pembangkan­g Mahamane Ousmane.

Beberapa orang lagi turut ditahan berkaitan dengan keganasan, yang meragut dua nyawa dan melihat 468 orang ditangkap, menurut kementeria­n dalam negeri.

Dianggap sebagai pencabar serius bagi jawatan presiden, Amadou telah disekat dari bertanding kerana satu pensabitan untuk penyeludup­an bayi, satu dakwaan yang menurutnya bermotifka­n politik.

Dia sedang menjalani hukuman penjara 12 bulan di Filingue pada tahun lepas bagi pensabitan ini ketika dia turut dibenarkan keluar bagi mendapatka­n rawatan perubatan yang tidak dijelaskan di Perancis, bekas kuasa koloni di negara Sahel. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia