Utusan Borneo (Sabah)

PLKS: Dua kakitangan imigresen antara enam individu ditahan

-

IPOH: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu selama enam hari bagi membantu siasatan kes memalsukan dokumen untuk mendapatka­n projek tender kebersihan bernilai lebih RM3.7 juta sejak 2017 hingga tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus semalam selepas membenarka­n permohonan SPRM untuk menahan reman dua lelaki dan dua wanita berusia 41 hingga 49 tahun tersebut.

Menurut kenyataan SPRM Perak, empat individu berkenaan ditangkap di sekitar Taiping dan Bandar Baharu, Kedah pada kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Menurut SPRM, kes itu melibatkan dua syarikat yang masing-masing membabitka­n tender bernilai RM1.6 juta dan RM2.1 juta.

Dua syarikat berkenaan menggunaka­n cop bank dan tandatanga­n pegawai bank palsu serta mengemukak­an penyata akaun bank palsu bagi mendapatka­n tender kebersihan bangunan dan kawasan di bawah jabatan kerajaan bagi tempoh 2017 hingga 2020, kata SPRM. — Bernama

KUALA LUMPUR: Dua kakitangan Jabatan Imigresen antara enam individu ditahan disyaki terlibat sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan menggodam pangkalan data jabatan berkenaan.

Kesemua suspek berumur lingkungan antara 35 hingga 42 tahun itu ditahan di sekitar ibu kota sejak malam kelmarin.

Sumber Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, empat lagi suspek adalah pekerja teknikal syarikat pembekal sistem.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai bertanggun­gjawab memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Penahanan keempat-empat pekerja syarikat pembekal itu membawa kepada penemuan beberapa komputer di Jabatan Imigresen yang telah dilengkapi dengan peranti serta perisian penggodama­n,” kata sumber itu.

Selain itu, sumber itu berkata, dua kakitangan Jabatan

Imigresen telah ditahan kerana disyaki bersekongk­ol dengan sindiket berkenaan.

“Mereka yang berusia di antara 34 tahun hingga 42 tahun dikenal pasti terlibat dalam membantu sindiket menjalanka­n kegiatan penggodama­n sistem itu,” katanya.

Sumber SPRM berkata, kesemua kakitangan jabatan itu dipercayai turut menerima rasuah sebagai habuan kerana bersubahat dalam kegiatan ini dan rentetan itu beberapa perkakasan Teklonolgi Maklumat (IT) dan komputer telah disita daripada pejabat Imigresen.

Turut disita adalah komputer riba dan External Hard Disk milik pekerja syarikat pembekal sistem yang digunakan bagi tujuan penggodama­n sistem.

Menurut sumber itu setakat ini, SPRM telah mengenal pasti empat hotel ternama sekitar Kuala Lumpur yang dijadikan pusat operasi penggodama­n itu.

Menurut sumber itu lagi, penahanan terbaharu ini adalah lanjutan daripada operasi bersama-sama Jabatan Imigresen yang diadakan pada 6 April lepas di 22 lokasi di Kuala Lumpur dan Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n penahanan terbaharu itu.

“SPRM melihat isu penggodama­n ini sebagai perbuatan yang amat serius kepada aspek keselamata­n negara. Kesemua suspek akan disiasat dalam penglibata­n mereka yang bersekongk­ol dalam menggodam sistem imigresen,” katanya menambah siasatan akan dijalankan daripada segenap sudut undang-undang jenayah.

Selasa lepas seorang bekas kakitangan Jabatan Imigresen antara lima individu yang disyaki membuka laluan kepada sindiket pemalsuan PLKS dan menggodam sistem pangkalan data imigresen dan SPRM turut membekukan sebanyak 147 akaun melibatkan 30 individu dan 11 syarikat membabitka­n sejumlah RM9.9 juta. — Bernama

 ??  ?? DIHUKUM: Narendran dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah atas 115 pertuduhan menipu dan mengemukak­an dokumen palsu melibatkan pelaburan lebih RM6 juta pada 2015, di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.
DIHUKUM: Narendran dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah atas 115 pertuduhan menipu dan mengemukak­an dokumen palsu melibatkan pelaburan lebih RM6 juta pada 2015, di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia