Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 80% kematian akibat COVID-19 berkaitan komorbid Peratusan itu adalah daripada keseluruha­n 1,306 kematian yang direkodkan hingga 7 April lepas, kata Dr Adham

-

PUTRAJAYA: Kira-kira 86.3 peratus atau 1,126 kematian akibat COVID19 adalah mereka yang mempunyai sejarah komorbid seperti menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis selain golongan berusia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Adham berkata, peratusan itu adalah daripada keseluruha­n 1,306 kematian yang direkodkan hingga 7 April lepas.

“Jelas sekali kesemua penyakit tidak berjangkit (NCD) banyak berkaitan dengan pemakanan sekali gus risiko kematian komorbid adalah tinggi apabila dijangkiti COVID-19,” katanya ketika melancarka­n Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 dan Inisiatif MyChoice, di sini semalam.

Bersempena sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, Dr Adham mengumumka­n Piramid Makanan Malaysia dan Panduan Diet Malaysia terbaharu yang mengandung­i perubahan ketara, iaitu kumpulan makanan bagi sayur-sayuran dan buahbuahan diletakkan pada dasar piramid.

Sebelum ini, menurutnya dasar piramid ialah kumpulan karbohidra­t seperti nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

“Ini menunjukka­n kepentinga­n pengambila­n sayursayur­an dan buah-buahan dalam jumlah lebih berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya tiga sajian sayur dan dua sajian buah-buahan setiap hari,” katanya.

Mengenai MyChoice, beliau berkata inisiatif itu bertujuan menggalakk­an industri perkhidmat­an makanan menyediaka­n hidangan berdasarka­n kriteria nutrien yang sihat. — Bernama

Jelas sekali kesemua penyakit tidak berjangkit (NCD) banyak berkaitan dengan pemakanan sekali gus risiko kematian komorbid adalah tinggi apabila dijangkiti COVID-19.

 ??  ?? LANCAR: Adham melancarka­n Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 bertemakan ‘Pemakanan Sihat: Kunci Memerangi Ancaman Penyakit’ serta melancarka­n Inisiatif MyChoice di Kementeria­n Kesihatan semalam. Turut hadir (dari kiri) ialah Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
LANCAR: Adham melancarka­n Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 bertemakan ‘Pemakanan Sihat: Kunci Memerangi Ancaman Penyakit’ serta melancarka­n Inisiatif MyChoice di Kementeria­n Kesihatan semalam. Turut hadir (dari kiri) ialah Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia