Utusan Borneo (Sabah)

360,971 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 360,971 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama seramai 558,750 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 919,721.

Dr Adham menerusi satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya memaklumka­n lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 75,225, diikuti Sarawak (57,466), Perak (52,548), Sabah (52,322) dan Kuala Lumpur (51,100).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapk­an keduadua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 48,493 individu diikuti Sabah (39,089), Perak (34,436), Kuala Lumpur (32,141) dan Sarawak (29,873).

Bagi jumlah pendaftara­n untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula, Dr Adham memaklumka­n setakat kelmarin seramai 8,309,480 atau 34.30 peratus telah mendaftar dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,237,971.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini, membabitka­n 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 membabitka­n individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia