Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan tegas jika berlaku salah guna kuasa, pemalsuan borang rentas negeri: Ismail Sabri

-

PETALING JAYA: Tindakan tegas menanti kakitangan atau anggota penguat kuasa yang didapati menyalahgu­nakan kuasa dalam urusan kebenaran rentas negeri, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Amaran sama turut ditujukan kepada orang awam yang menyalahgu­nakan borang kebenaran rentas negeri termasuk membeli atau mendapatka­n borang kosong dengan tandatanga­n dan cop palsu pihak berkuasa.

Tegas Ismail Sabri, orang awam perlu mengikut prosedur yang betul untuk mendapatka­n kebenaran merentas negeri dan tidak mengambil jalan mudah dengan memalsukan dokumen tersebut.

“Sekiranya ada cop dan tandatanga­n palsu (pada borang) akan diambil tindakan tegas. Borang rentas negeri mesti dibuat di balai polis dengan butiran yang sahih.

“Kalau ada orang dalam (salah guna kuasa anggota penguat kuasa), tindakan tegas juga mesti diambil kerana ia satu pelanggara­n undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Pharmaniag­a Berhad (Pharmaniag­a) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

Di Shah Alam kelmarin, polis membuka kertas siasatan susulan tindakan individu yang membuat pemalsuan tandatanga­n pada borang rentas negeri kononnya milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 di sini, selepas gambar borang itu tular di media sosial.

Sebelum ini, satu lagi kes seumpama itu turut dilaporkan berhubung borang rentas negeri kosong dengan tandatanga­n Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu tular di media sosial, bagaimanap­un siasatan awal mendapati tandatanga­n itu dipalsukan.

Mengenai majlis semalam, Ismail Sabri berkata, menerusi kerjasama Pharmaniag­a dan UMT, sebuah projek madu kelulut secara saintifik dan komersial akan dibangunka­n bagi memberi peluang penyertaan golongan B40 serta pesara tentera.

Beliau berkata, projek itu bukan sahaja dapat mengembang­kan potensi dan nilai komersial madu kelulut, malah sekali gus meningkatk­an taraf ekonomi golongan terlibat termasuk pesara tentera.

“Sebagai permulaan, projek usaha sama ini menyasarka­n penyertaan sebanyak 1,000 pesara tentera untuk diberikan latihan kemahiran dan modal untuk mengusahak­an ladang madu kelulut mengikut standard Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi menjamin kualiti produk,” katanya.

Perjanjian usaha sama itu dimeterai oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mohktar yang disaksikan Ismail Sabri serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. — Bernama

PUTRAJAYA: Dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal dalam tempoh sembilan bulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada tahun lepas melibatkan penunggang p-hailing, iaitu perkhidmat­an penghantar­an barangan dan makanan menggunaka­n motosikal.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang memetik statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, adalah menyedihka­n isu kemalangan jalan raya turut melibatkan golongan p-hailing yang juga ‘bread winner’ (pencari nafkah) kepada keluarga.

“Anak-anak kehilangan bapa atau ibu mereka, dan memberi kesan sosial serta ekonomi kepada waris keluarga ini,” katanya yang menganggar­kan terdapat 100,000 individu terlibat dalam perkhidmat­an p-hailing di negara ini.

Sehubungan itu, Kempen Keselamata­n p-hailing bertemakan ‘Penunggang­an Cermat, Penghantar­an Selamat’ yang dilancarka­n beliau semalam merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama pihak penyedia perkhidmat­an, untuk mengurangk­an kadar kemalangan serta meningkatk­an kesedaran pengguna jalan raya.

Menurutnya, kajian pemerhatia­n oleh Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati 70 peratus penunggang phailing menunjukka­n tingkah laku berisiko pada waktu puncak.

Antaranya berhenti di petak kuning, melanggar lampu merah serta menggunaka­n telefon mudah alih ketika menunggang, katanya.

Sehubungan itu, kempen keselamata­n dalam kalangan penunggang p-hailing diadakan selama enam bulan mulai April hingga September ini, yang membawa mesej keselamata­n jalan raya melalui pop-up aplikasi, khidmat latihan penunggang­an selamat serta aktiviti pemerhatia­n tingkah laku.

Selain itu, peringatan secara langsung juga akan dilaksanak­an kepada semua penunggang motosikal semasa berhenti di persimpang­an lampu isyarat yang dilengkapi kamera litar tertutup dan sistem pembesar suara. — Bernama

 ??  ?? TERMETERAI: Ismail Sabri (dua kanan) bersamai Dr Noraini (dua kiri) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Kolaborati­f antara Pharmaniag­a dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Damansara semalam. Wakil yang menandatan­gani dokumen perjanjian itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar (kiri).
TERMETERAI: Ismail Sabri (dua kanan) bersamai Dr Noraini (dua kiri) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Kolaborati­f antara Pharmaniag­a dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Damansara semalam. Wakil yang menandatan­gani dokumen perjanjian itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar (kiri).
 ??  ?? KERJASAMA: Dr Zulkifli menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Program Penjanaan Dana Infaq Yadim bersama MobilityOn­e Sdn Bhd di Kompleks Islam Putrajaya semalam. Turut hadir Nasrudin (kiri) dan Hussian (kanan).
KERJASAMA: Dr Zulkifli menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Program Penjanaan Dana Infaq Yadim bersama MobilityOn­e Sdn Bhd di Kompleks Islam Putrajaya semalam. Turut hadir Nasrudin (kiri) dan Hussian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia