Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan dipatuhi.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, selain penguatkua­saan dari segi harga, kementeria­n akan bekerjasam­a memastikan SOP norma baharu dipatuhise­pertipemak­aianpelitu­p muka dan penjarakan fizikal.

“Ia juga bagi memastikan SOP norma baharu dipatuhi kerana kita tidak mahu bazar Ramadan menjadi pencetus kluster baharu COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Malaysia (PJM) 2021 sempena Jom Shopping Raya di Pusat Tekstil Jakel di sini semalam.

Kerajaan sebelum ini mengumumka­n bazar Ramadan seluruh negara tahun ini dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat yang akan ditetapkan PBT di negeri masing-masing.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Ramadan pada 13 April ini.

Mengenai PJM 2021, beliau berkata edisi kedua program itu menyasarka­n nilai jualan sektor runcit sebanyak RM120 bilion.

Sasaran tersebut, kata beliau, realistik berdasarka­n kejayaan PJM 2020 yang mencatatka­n nilai jualan RM135.9 bilion melebihi sasaran RM100 bilion.

“PJM kali ini memfokuska­n kepada pemulihan sektor peruncitan negara yang terjejas akibat COVID-19.

“Bagi edisi kedua ini, ia memberi fokus pada segmen perayaan terbesar di Malaysia iaitu Hari Raya, Pesta Gawai dan Kaamatan, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Deepavali dan Krismas,” katanya. — Bernama

MELAKA: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) menyaranka­n agar setiap kerajaan negeri mewujudkan Loji Rawatan Kumbahan Serantau di zon industri masing-masing dalam usaha mengawal pembuangan sisa kumbahan industri secara lebih teratur dan selamat.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, loji berkenaan akan berfungsi sebagai sistem pembetunga­n berpusat atau bersepadu untuk rawatan sebelum ia disalurkan ke sungai atau kawasan pembuangan sisa kumbahan industri yang telah ditetapkan.

“Kami di peringkat KASA sedang merangka untuk mewujudkan satu sistem supaya sisa industri kita dirawat sebelum dibuang dan satu daripadany­a menerusi pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau.

“Justeru kami harap negeri-negeri yang dalam perancanga­n untuk melaksanak­an zon kawasan industri terus mengambil mekanisme ini dalam pelan pembanguna­n kawasan industri mereka dan inisiatif ini akan memudahkan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekali gus membantu kami mengawal pencemaran dari hanya satu sumber sahaja,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Melaka Bumi Lestari Sempena Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabang­sa dan Hari Bumi peringkat negeri Melaka yang turut dihadiri Exco Pembanguna­n Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron.

Dalam perkembang­an lain, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk membantu kementeria­nnya menganjurk­an persidanga­n peringkat kebangsaan untuk membincang­kan isu-isu perubahan iklim hanya sekadar retorik politik untuk mencari publisiti.

Beliau berkata, di peringkat KASA, pelbagai program dilaksanak­an untuk menangani atau memantau isu berkaitan perubahan iklim atau pencemaran yang berlaku di negari ini.

“Jika beliau (Lim) ingin membantu, beliau perlu menyelesai­kan beberapa isu alam sekitar di Pulau Pinang terlebih dahulu seperti pencemaran Sungai Kereh ekoran aktiviti penternaka­n babi selain pelepasan karbon di kawasan kilang di negeri itu.

“Di peringkat KASA, kami ada tanggungja­wab dan kami ada program yang kami laksanakan… banyak benda yang kami lihat secara keseluruha­n,” katanya.

Kelmarin, Lim dilaporkan berkata, DAP bersedia membantu dan memberi sumbangan, terutama melalui bekas Menteri Pakatan Harapan Yeo Bee Yin yang mendapat pengiktira­fan antarabang­sa atas usahanya bertindak dalam isu alam sekitar dan perubahan iklim. — Bernama

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Alexander (tiga kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tiga kiri) dan Pengarah Operasi Kumpulan Jakel Datuk Mohd Nizam Mohd Jakel (dua kiri) ketika pelancaran Program Jualan Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 di Jakel, Jalan Munshi Abdullah dekat Kuala Lumpur, semalam.
UNTUK ALBUM: Alexander (tiga kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tiga kiri) dan Pengarah Operasi Kumpulan Jakel Datuk Mohd Nizam Mohd Jakel (dua kiri) ketika pelancaran Program Jualan Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 di Jakel, Jalan Munshi Abdullah dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia