Utusan Borneo (Sabah)

Man Utd berkelebih­an dua gol untuk perlawanan kedua

Kemenangan 2-0 ke atas Granada dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa hasil jaringan Rashford dan Fernandes

-

MADRID: Hantaran hebat Marcus Rashford dan sepakanpen­altiBrunoF­ernandes memberikan Manchester United kemenangan 2-0 ke atas Granada pada Khamis, mengukuhka­n kedudukan mereka dalam suku akhir Liga Europa.

Rashford menyambut hantaran jauh daripada Victor Lindelof dalam separuh masa pertama, penyerang itu menampilka­n gol hebat dalam perlawanan sengit di Carmenes sebelum Fernandes meraih gol kedua pada minit ke-90.

Keputusan itu menjadikan United pendahulu dalam perlawanan kedua minggu hadapan di Old Trafford, di mana mereka harus melepasi peringkat itu untuk merebut slot ke separuh akhir menentang Ajax atau Roma, dengan pasukan Itali itu mendahului 2-1 dalam peringkat pertama.

“Ia perlawanan yang lancar dan David De Gea tidak terlalu bermasalah,” kata Ole Gunnar Solskjaer.

“Ada detik yang boleh menjadi peluang namun bagi saya kami mempertaha­nkan dengan baik dan skor 2-0 ialah pendahulua­n yang bagus.”

Rashford telah menyumbang­kan lapan daripada 23 gol United di Eropah musim ini.

“Prestasi yang amat baik dan dia mengendali bola dengan cemerlang,” kata Solskjaer.

Granada menyambut ulang tahun ke-90 pada Selasa dan tidak dapat disangkal mereka tidak pernah bermain perlawanan yang lebih besar, kelab yang tidak pernah memenangi trofi kejohanan utama menentang pasukan yang merangkul 20 kemenangan Liga Perdana dan tiga Piala Eropah.

Terdapat sesuatu seakanakan kisah dongeng buat kelab Sepanyol yang berada di kedudukan ke sepuluh dalam divisyen kedua semasa tiga tahun lalu sebelum Dirgo Martinez, jurulatih La Liga yang terkemuka, membawa kenaikan dan kelayakan untuk Eropah.

Enam pemain dalam barisan permulaan bermain untuk mereka dalam kumpulan kedua dengan kekosongan Los Carmenes, Granada menghantar kesemua tiket musim mereka kepada pemilik dengan tiket tempahan khas sebagai cenderamat­a untuk mengingati perlawanan itu.

Namun mereka perlu menampilka­n tentangan hebat minggu hadapan untuk menukar keputusan. “Keputusan itu merupakan hukuman berat atas apa yang berlaku dalam perlawanan,” kata Martinez. “Gol terakhir itu perit, amat perit.”

Bagi United, Liga Europa kekal sebagai harapan paling realistik Ole Gunnar Solskjaer untuk membawa pulang trofi dan dengan tempat empat teratas sudah terjamin, dia boleh memberi ia tumpuan sepenuhnya.

United mengharung­i permulaan yang sengit apabila tiada pihak berjaya menjaringk­an gol namun Rashford menampakka­n ketangkasa­n hanya selepas setengah jam permainan.

Lindelof menyaksika­n cubaan itu dari belakang lalu Rashford meregangka­n kakinya dan menyambut bola dengan sempurna dan terus memberi hantaran mudah melepasi Rui Silva.

Granada memberi tentangan, namun hantaran terpesong dari Yangel Herrera, pemain pinjaman Manchester City, terkena palang sebelum Kenedy memberi ujian kepada De Gea dengan sepakan kemas.

Namun United mengambil tekanan itu dan sepatutnya berpeluang meraih mata kedua dengan Daniel James melalui hantaran bawah kiri dan dipintas Fernandes, namun dia tidak dapat mencari jalan untuk menjaringk­an dari sudut itu. Fernandes, kemudian meraih penalti setelah dikasari Yan Eteki sebelum menyempurn­akannya, sepakan kemas terus ke sudut bawah sekaligus meletakkan United dalam separuh akhir. — AFP

Ia perlawanan yang lancar dan David De Gea tidak terlalu bermasalah. Ada detik yang boleh menjadi peluang namun bagi saya kami bertahan dengan baik dan skor 2-0 ialah pendahulua­n yang bagus.

 ??  ?? RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di antara Granada dan Manchester United di Stadium Nuevo Los Carmenes di Granada.
KELETIHAN: Reaksi pemain Granada, Yangel Herrera pada perlawanan tersebut.
RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di antara Granada dan Manchester United di Stadium Nuevo Los Carmenes di Granada. KELETIHAN: Reaksi pemain Granada, Yangel Herrera pada perlawanan tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia