Utusan Borneo (Sabah)

Kidball akademi pertama terima areditasi SupaRimau FAM di Sabah

-

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Kidball menjadi akedemi bola sepak pertama di Sabah mendapat akreditasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah program piagam akar umbi yang dinamakan SupaRimau FAM.

Ketua jurulatihn­ya, Musa Abdul Rahman yang juga merupakan setiausaha kelab berkenaan berkata akedemi tersebut menerima surat pengesahan akreditasi September tahun lalu dan merupakan pencapaian tertinggi Kidball sejak ditubuhkan pada tahun 2011.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak terutama para ibu bapa dan pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya yang tanpa henti memberikan sokongan kepada kelab itu.

“Pengiktira­fan tersebut sejajar dengan peta Hala Tuju F:30 FAM sebagai insentif dan komitmen untuk meningkat taraf akademi bola sepak negara,” katanya ketika ditemui di Padang Saga, Likas dekat sini, baru-baru ini.

“Pengiktira­fan Kidball FC ini adalah berdasarka­n keaktifan pada penyertaan pertanding­an bola sepak peringkat antarabang­sa dan menyertai pertanding­an di luar daerah serta pembentuka­n pasukan Kiball X bawah 16 tahun.

“Antara penyertaan yang membanggak­an adalah Juara Liga Kota Kinabalu (KK) (2012),Tempatketi­gaLigaKK (2013) Juara MSS Zon Tanjung Aru (2013,2018,2019), Naib Juara MSS Zon Tanjung Aru (2014) Tempat ke tiga MSS zon Tanjung Aru (2015 & 2017) Juara Karnival Bola sepak SK Api-Api (2017) serta Naib Juara Karnival Scott di Sandakan bagi pasukan Kidbal X bawah 16 tahun (2017),” jelasnya.

Tambah Musa, dengan adanya sijil akreditasi itu sasaran Kidball FC untuk menubuhkan akedemi bola sepak pada tahun 2022 berjaya dicapai lebih awal iaitu pada tahun 2020.

Beliau berharap agar akademi bola sepak Kidball akan terus berkembang maju dan menjadi antara akedemi terbaik di negeri ini selain komitmen FAM untuk membantu meningkatk­an pencapaian semua akademi di bawah program SupaRimau.

Majlis penyerahan akreditasi Sijil Gangsa FAM telah disempurna­kan oleh Pengarah Teknikal Bola sepak Wanita FAM, Jacob MJ Joseph merangkap Ketua Jurulatih bola sepak wanita kebangsaan.

Turut berlangsun­g pada majlis tersebut adalah pelancaran dan pegenalan logo baru Akedemi Bola Sepak Kidball serta pemilihan dan klinik bola sepak wanita Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Hadir sama, Pengarah Teknikal

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang juga merupakan Ketua Jurulatih

Remaja Program Pembanguna­n Bola Sepak Malaysia (NFPD), Omar Maya Amat.

 ??  ?? PERTAMA DI SABAH: Musa (tiga dari kiri) bersama barisan kejurulati­hannya menerima Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau daripada Joseph (dua dari kanan).
PERTAMA DI SABAH: Musa (tiga dari kiri) bersama barisan kejurulati­hannya menerima Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau daripada Joseph (dua dari kanan).
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Musa (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Joseph (kanan) sejurus majlis penyerahan Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau FAM.
CENDERAMAT­A: Musa (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Joseph (kanan) sejurus majlis penyerahan Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau FAM.
 ??  ?? LINCAH: Antara aksi pemain wanita bawah 13 tahun yang hadir pada sesi pemilihan.
LINCAH: Antara aksi pemain wanita bawah 13 tahun yang hadir pada sesi pemilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia