Utusan Borneo (Sabah)

Industri nanas Sabah berpotensi dikembangk­an

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Industri nanas di Sabah amat berpotensi untuk dikembangk­an semula sebagai tanaman utama petani sebagaiman­a era 70-an.

Pengerusi Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) Dato Dr Sahruddin Jamal berkata industri nanas Sabah kini dalam keadaan yang baik.

Beliau berkata pihaknya melihat industri ini perlu dikembangk­an dengan sebaik mungkin bagi menjadikan Sabah sebagai pengeluar nanas di negara ini.

Sahruddin berkata kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor di Sabah Hotel pada Jumaat.

Beliau menjelaska­n Ketua Menteri telah memberi respon yang positif terhadap LPNM untuk memain peranan dalam usaha mengembang­kan industri nanas di Sabah.

“LPNM berperanan untuk membantu masyarakat dalam memberi sumbangan teknikal seperti pihak kami bantuan negeri-negeri lain berhubungi industri nanas,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memainkan peranan untuk memberi khidmat nasihat berhubung penanaman nanas yang tepat yang boleh mendatangk­an hasil yang lebih baik.

“Setakat ini, hanya Sabah sahaja yang belum memiliki Lembaga Nanas. Kita akan membantu agensi-agensi di Sabah dan kita akan main peranan dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Sahruddin memberitah­u pihaknya telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat penanaman nanas yang diusahakan oleh petani industri kecil.

“Potensi nanas di Sabah begitu bagus kerana masyarakat­nya telah mula mengusahak­an dan banyak bertanya kepada pihak kami berhubung penanaman nanas.

“Keluasan tanah di Sabah dan Sarawak amat luas dan amat berpotensi untuk masa depan dalam industri ini.

“Penanaman nanas pada masa depan amat baik untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau menjelaska­n LPNM akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan agensi berkaitan di Sabah bagi memberi pandangan lokasi terbaik untuk pihaknya membuat kajian tanah yang sesuai untuk penanaman nanas.

“Lokasi yang kami lawat seperti di kawasan Labuk dan beberapa tempat lain adalah salah satu lokasi yang difikirkan sebagai perintis penanaman nanas jenis MD2,” katanya.

Sahruddin berkata tidak perlu khuatir kerana di Sabah ini tanahnya amat luas dan sesuai untuk penanaman nanas.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Samad Jambri, Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) LPNM Mohd Khairulzam­ri M. Salleh dan Ahli Lembaga Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim Hosnan.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Sahruddin bersama Mohd Khairuzamr­i, Mohd Anim bergambar bersama Hajiji diiringi Samad.
KUNJUNGAN HORMAT: Sahruddin bersama Mohd Khairuzamr­i, Mohd Anim bergambar bersama Hajiji diiringi Samad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia