Utusan Borneo (Sabah)

Program Gotong-Royong Bersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Printing Kapayan hari ini

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Sempena kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba beberapa hari lagi, Biro Pemantapan Spiritual Jawatankua­sa Pembanguna­n Dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Aru Baru akan menganjurk­an Program Gotong-Royong Membersihk­an Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Printing Kapayan pada hari ini (10 April).

Program dengan kerjasama Jawatankua­sa Surau AlAmin Kg. Tanjung Aru Baru dan penduduk Kg. Tanjung Aru Baru akan bermula jam 7.00 pagi.

Pengerusi penganjur Mohd Azlin Mohamed Ashri berkata, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah turut dijemput bagi menjayakan program ini yang antara lain bertujuan bagi membersihk­an tanah perkuburan berkenaan.

“Ini termasuk membersihk­an semak samun dan memotong pokok-pokok besar yang tumbang di kawasan tanah perkuburan ini,” katanya di sini.

Beliau sehubungan dengan itu turut menjemput masyarakat Islam di Tanjung Aru khususnya keluarga dan waris-waris yang berkenanaa­n di Kg Tanjung Aru Baru, Kg. Tanjung Aru Lama dan Pangsapuri Tanjung Aru untuk datang beramai-ramai bagi menjayakan program gotong-royong ini.

Katanya, selain memupuk kerjasama kalangan penduduk dan waris keluarga si mati yang dikebumika­n di Tanah Perkuburan OrangOrang Islam Printing ini, program sebegini akan dapat mewujudkan semangat kerjasama, memupuk ukhuwah dan silaturahi­m kalangan penduduk yang hadir.

“Selain ianya akan membersih dan lebih menceriaka­n kawasan tanah perkuburan ini, ia juga secara tidak langsung menghindar daripada binatang berbisa seperti ular, biawak dan sebagainya bersarang di kawasan ini,” jelasnya.

Beliau turut meminta penduduk yang akan menyertai program gotong-royong ini membawa bersama peralatan memotong dan membersihk­an seperti parang, kapak, penyapu dan sebagainya.

 ??  ?? MOHD AZLIN
MOHD AZLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia