Utusan Borneo (Sabah)

MDDM, MDSA turut batal bazar Ramadan

-

MUKAH: Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM) turut mengambil keputusan tidak meneruskan Bazar Ramadan tahun ini.

Keputusan itu diumumkan melalui satu kenyataan daripada Setiausaha MDDM, Yong Ing Chu pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan, pembatalan semua bazar Ramadan di kawasan seliaan MDDM adalah ekoran situasi semasa pandemik COVID-19 di seluruh Sarawak dan Bahagian Mukah.

“Semua operasi perniagaan ditakrifka­n sebagai bazar Ramadan di Mukah Street Food, Gerai Ruang Legar Medan Mall Mukah dan Pasar Malam Dalat wajib ditutup pada 12 April sehingga 12 Mei 2021,” menurut kenyataan itu.

Ia turut merangkumi semua lokasi dipohon oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) atau mana-mana organisasi berkepenti­ngan.

Notis itu juga menyeru semua pihak berperanan menggalas tanggungja­wab, berkomitme­n tinggi dan bekerjasam­a dengan kerajaan dalam usaha mengekang COVID-19 dalam komuniti.

Ia adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuas­akan.

Bagaimanap­un, MDDM meminta peniaga mengambil maklum notis pemberitah­uan selanjutny­a berkaitan operasi penjualan dari premis kediaman secara dalam talian yang diumumkan dalam laman sesawang rasmi

MDDM di https://mukahdalat­dc,sarawak.gov.my/.

Sementara itu, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) turut memutuskan untuk tidak meneruskan penganjura­n bazar Ramadan di kawasan pentadbira­nnya tahun ini.

Kenyataan media daripada Setiausaha MDSA memberitah­u, hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangka­lian berlakunya penularan COVID-19 sekaligus merencatka­n usaha kerajaan untuk membasmi pandemik tersebut sepenuhnya.

Justeru menurut kenyataan itu lagi, adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama untuk membantu kerajaan mengekang penularan COVID-19 dengan mematuhi SOP dan arahan semasa PKPB dikuatkuas­akan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia