Utusan Borneo (Sabah)

CI UCTS anjur pertanding­an video pendek sempena ‘World Chinese Day’

-

SIBU: Institut Konfusius (CI) Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) akan menganjurk­an pertanding­an video pendek sempena dengan sambutan ‘World Chinese Day.’

Dekan CI UCTS Profesor Madya Dr Wong Sing Sing berkata, pertanding­an bertemakan ‘Chinese and I’ terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Sarawak.

“Pertanding­an ini terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan dibahagika­n kepada kategori pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Jangka masa bagi setiap video ada tiga minit. Video harus dipersemba­hkan dalam bahasa Cina dengan isi video berkaitan puisi, nyanyian, cerita, kaligrafi dan sebagainya,” ujarnya pada satu sidang media, semalam.

Menurut Wong, video boleh dihantar bermula 26 April hingga 30 April ini menerusi e-mel uctsci@ucts. edu.my.

Bagi kategori sekolah rendah, hadiah pertama berupa wang tunai RM300 dan sijil menanti tiga pemenang dan lima pemenang hadiah kedua menerima RM200 dan sijil.

Hadiah ketiga RM100 dan sijil turut diberi kepada 10 pemenang dan sagu hati RM50 dan sijil kepada 15 pemenang.

Untuk ketagori sekolah menengah, tiga pemenang hadiah pertama akan menerima RM500 dan sijil sementara lima pemenang hadiah kedua menerima RM400 dan sijil.

Sepuluh pemenang tempat ketiga akan menerima RM300 dan sijil dan 15 pemenang sagu hati menerima RM100 dan sijil.

Selain itu menurut Wong, pertanding­an kuiz ‘Online Tour to Henan’ turut dianjurkan yang terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak.

CI UCTS akan menayangka­n tiga video bagi memperkena­lkan Henan berserta 10 soalan di laman sesawang http://ci.ucts.edu.my bermula 26 April hingga 30 April 2021.

“Seramai 50 pemenang pertama yang menjawab semua soalan dengan betul akan menerima wang tunai RM100,” jelas beliau.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubung­i Christy menerusi talian 016-5776096.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia