Utusan Borneo (Sabah)

104,363 AJK KRT seluruh negara telah daftar program vaksin

-

Sehingga kini, seramai 104,363 ahli jawatankua­sa Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara telah mendaftar untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menggerakk­an pelbagai kempen dan program untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada 250,000 ahli di 8,330 KRT di seluruh negara supaya membuat pendaftara­n bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Ini kerana kami tahu ada di antara mereka yang mahu menunggu dan melihat (keberkesan­an vaksin COVID19) dan tidak mahu mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin tersebut.

“Jadi, untuk selamatkan diri sendiri, keluarga dan komuniti, kita kena lindung diri...kita daftar, sampai giliran kita untuk dipanggil vaksinasi kita ambil vaksin, insya-Allah semua selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Negeri Perak Tahun 2021 yang dirasmikan Exco Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker serta Ketua Setiausaha Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Dalam perkembang­an lain, Halimah berkata KPN telah menetapkan pengerusi jawatankua­sa KRT hanya boleh memegang jawatan bagi tempoh enam tahun sahaja dan selepas tempoh tersebut, jawatan itu perlu diberi kepada ahli jawatankua­sa yang lain untuk menerajui KRT.

Beliau berkata, ketetapan itu selaras dengan proses peremajaan KRT supaya sentiasa kekal relevan dan efisien seterusnya dapat dimanfaatk­an lebih ramai komuniti dalam masyarakat.

“Dalam dasar baharu, kalau dia (pengerusi jawatankua­sa) terpilih bagi peringkat pertama dan selepas itu berpeluang lagi memegang jawatan sehingga enam tahun menerusi pemilihan, selepas itu dia perlu beri peluang di antara ahli jawatankua­sa yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Halimah berkata, KPN turut menetapkan supaya ahli jawatankua­sa turut melibatkan penyertaan pelbagai kaum termasuk 30 peratus penglibata­n golongan wanita dan 30 peratus golongan muda berusia 18 hingga 35 tahun dalam KRT.

“Perubahan yang dilakukan itu bagi membolehka­n fungsi KRT dipelbagai­kan seiring dengan peredaran zaman dan teknologi selain mampu menarik minat masyarakat untuk menyertain­ya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Halimah (kiri) melancarka­n buku Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Negeri Perak 2021-2030 pada program Malaysia Prihatin Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh, semalam. Turut sama Ti Lian Ker (kanan) dan Abdul Yunus.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Halimah (kiri) melancarka­n buku Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Negeri Perak 2021-2030 pada program Malaysia Prihatin Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh, semalam. Turut sama Ti Lian Ker (kanan) dan Abdul Yunus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia