Utusan Borneo (Sabah)

JANS TUBUH PASUKAN PETUGAS KHAS

Arahan kerajaan untuk tangani isu air di kawasan Sepanggar dan Manggatal dengan segera.

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU:

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diarahkan menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani masalah gangguan bekalan air di kawasan Sepanggar dan Manggatal dengan sertamerta.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor turut mengarahka­n pasukan petugas khas itu mencari jalan penyelesai­an untuk jangka masa pendek dan panjang dengan kadar segera, susulan masalah air yang kritikal dihadapi penduduk di kawasan terbabit.

“Tumpuan sekarang adalah untuk mencari jalan segera atau jangka masa pendek untuk menyelesai­kan isu air kritikal yang dihadapi penduduk di kawasan Sepanggar.

“Pasukan Petugas Khas ini akan melibatkan pengurusan bagi daerah Tuaran dan Kota Kinabalu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Beliau menegaskan isu itu mendapat perhatian sepenuhnya kerajaan negeri kerana beliau sendiri menerima aduan masalah bekalan air itu daripada penduduk di kawasan Sepanggar.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan jalan penyelesai­an perlu disegeraka­n.

“Justeru, saya mengarahka­n JANS menubuhkan segera pasukan petugas khas untuk menangani isu di kawasan yang menghadapi masalah air kritikal di Sepanggar,” katanya.

Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusof di kediaman rasminya di Sri Gaya, Kota Kinabalu, dekat sini.

Kedua-dua pihak, Kerajaan Negeri dan Kementeria­n Kerja Raya Malaysia turut mengadakan perbincang­an selepas kunjungan itu.

Antara yang disentuh dalam perbincang­an itu ialah hala tuju pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo, lanjutan daripada taklimat pembanguna­n kepada

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semasa mengadakan lawatan rasmi ke Sabah pada 22 Mac lalu.

Turut hadir ialah

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ir. Ali Ahmad Hamid.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Hajiji (kanan) berbincang ketika menerima kunjungan hormat Fadillah di kediaman rasminya di Sri Gaya, Kota Kinabalu.
KUNJUNGAN: Hajiji (kanan) berbincang ketika menerima kunjungan hormat Fadillah di kediaman rasminya di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia