Utusan Borneo (Sabah)

POCA diguna tangkap sindiket curi air, elektrik

Pelaksanaa­n POCA sudah dibincang bersama SESB dan Jabatan Air Negeri Sabah, kata Hazani

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Polis akan bertindak mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap suspek sindiket yang menjalanka­n kegiatan mencuri bekalan air dan elektrik di negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, melalui POCA, pihaknya kini akan terus menangkap tanpa perlu melibatkan proses pendakwaan.

“Kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian sehingga kira-kira RM1 juta setiap tahun akibat kes kecurian air dan elektrik,” katanya, di sini, semalam.

Hazani berkata, kerugian akibat kes kecurian elektrik setahun di negeri ini diangggark­an berjumlah RM30 juta, manakala air mencecah lebih RM70 juta.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaa­n POCA sudah dibincangk­an bersama Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah.

“Kita akan ambil tindakan mengikut POCA, tidak perlu jalankan proses pendakwaan terhadap suspek dalam kes begini tapi akan terus tangkap mereka.

“Saya tidak peduli dan sudah bincang (pelaksanaa­n langkah drastik ini) dengan Bukit Aman,” katanya, sambil akui kesal dengan tindakan pihak terlibat.

Menurutnya, polis mengesan aktiviti sindiket haram terbabit yang dijalankan di lokasi penempatan setinggan didapati mengambil untung secara mudah.

Beliau berkata, aktiviti itu juga sudah lama dipantau semenjak mengetuai Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebelum ini.

“Ingat. Kita juga akan menjalanka­n operasi merobobkan rumah-rumah setinggan sama seperti pendekatan yang pernah dilaksanak­an pada 2001.

“Saya sudah arahkan semua Ketua Polis Daerah mengenal pasti setinggan dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing.

“Isu-isu ini bukan perkara baharu justeru tindakan sewajarnya akan diambil termasuk menangani isu pendatang tanpa izin di seluruh negeri,” katanya.

 ??  ?? SERAH TERIMA: Hazani menyaksika­n pertukaran pegawai untuk tujuh jawatan kanan Kontinjen Sabah termasuk empat Ketua Polis Daerah, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri di IPK Sabah, semalam.
SERAH TERIMA: Hazani menyaksika­n pertukaran pegawai untuk tujuh jawatan kanan Kontinjen Sabah termasuk empat Ketua Polis Daerah, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri di IPK Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia