Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan Ramadan dibuat secara sederhana

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kedatangan bulan Ramadan tahun ini disambut sederhana oleh semua umat Islam di daerah ini apabila orang ramai hanya berbelanja mengikut keperluan mereka, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan di pusat membeli belah di sini mendapati, orang ramai mula berbelanja untuk persiapan bersahur dan berbuka puasa sejak kelmarin.

Namun, rata-rata yang ditemui berbelanja dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak daripada kekerapan untuk turun ke bandar ekoran daerah ini dikenakan pelaksanaa­n PKP sehingga 16 April depan.

Rahmat Abd Rauf, 46, berkata, persiapan Ramadan tahun ini agak kelam kabut sedikit kerana baru sahaja kerajaan mengumumka­n PKP bagi daerah Tawau.

“Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menyambutn­ya secara ala kadar sahaja dan banyak masa berada di dalam rumah sahaja.

“Memandangk­an Ramadan kali ini adalah tahun kedua menyambutn­ya dalam suasana PKP, kami sekeluarga sudah ada pengalaman menghadapi­nya,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelak kerap turun ke bandar, mereka berbelanja dengan kuantiti yang banyak iaitu cukup untuk dua minggu.

“Saya percaya dengan cara ini, kami dapat mengelak daripada terkena jangkitan wabak COVID-19,” katanya.

Bagi Sara Batrisyah Baraim Abdullah, 27, yang baru pertama kali menyambut Ramadan kali ini hanya berbelanja ikut kemampuan sahaja.

“Saya sangat gembira untuk menyambut Ramadan kali pertama bersama suami, namun tidak bermakna saya perlu berbelanja sehingga membazir,” katanya.

Sara berkata, dia melihat orang berpusu-pusu berbelanja dan ada tempat yang terlalu ramai sehingga berbaris panjang.

“Saya berharap, walaupun kita teruja untuk menyambut Ramadan tetapi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 perlu dijaga dengan baik,” katanya.

Sementara itu, bagi Rosni Amir, 44, pula berkata, semua pihak di daerah ini perlu akur menghadapi sekali lagi Ramadan dalam suasana PKP, tiada bazar Ramadan dan solat Tarawih di masjid.

“Memang agak mengecewak­an tetapi kita perlu memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan demi memutuskan rantaian wabak.

“Kita tiada pilihan lain kerana PKP sahaja yang dilihat kaedah paling baik bagi mengawal pergerakan orang ramai,” katanya.

Katanya, ketua keluarga juga perlu kurangkan keluar berbelanja dan dinasihatk­an beli barang yang tahan lama serta mencukupi untuk sekurang-kurangnya satu minggu.

 ??  ?? RAHMAT
RAHMAT
 ??  ?? BATRISYAH
BATRISYAH
 ??  ?? ROSNI
ROSNI
 ??  ?? PERSIAPAN: Orang ramai sudah mula membeli barang makanan untuk persiapan Ramadan.
PERSIAPAN: Orang ramai sudah mula membeli barang makanan untuk persiapan Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia