Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk integriti, hindari rasuah dan penyelewen­gan: Dr Fary Peringatan kepada warga PL dalam melaksana tugasan, tadbir urus

-

LABUAN: Warga Perbadanan Labuan (PL) diingatkan supaya sentiasa berintegri­ti dan melaksanak­an tadbir urus yang telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabil­iti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata, nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik perlulah dilaksanak­an secara konsisten, selain tidak membenarka­n sebarang perbuatan rasuah dalam apa jua bentuk, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,

“Saya melihat kepada integriti bagi penjawat awam bila mana seseorang menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahka­n dalam perkhidmat­an kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabil­iti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Desa Tunas Hijau, Sungai Miri, pada Ahad.

Majlis menandatan­gani IBR yang melibatkan pegawai dan pengarah-pengarah di setiap jabatan Perbadanan Labuan itu disaksikan oleh Pengarah Suruhanjay­a

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutua­n Labuan Mohd Yusizzudin Mohd Yusof.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Haji Rithuan Mohd Ismail.

Tambahnya, tidak ada maknanya jika kita memperoleh banyak kejayaan sepanjang tempoh perkhidmat­an, sedangkan elemen-elemen integriti tidak digarapkan bersama untuk mencapai kejayaan itu.

“Justeru baik di Perbadanan Labuan atau di mana-mana sahaja, integriti sewajibnya menjadi pegangan kukuh dan mesti diamalkan oleh setiap individu daripada kita.

“Penekanan terhadap integriti tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadikan warga PL lebih bertanggun­gjawab dan responsif terhadap kewajipan untuk membudayak­an amalan integriti,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusizzudin dalam ucapanmya yakin warga Perbadanan Labuan memiliki kesedaran peribadi serta tahap integriti yang cukup tinggi.

Katanya, Ikrar Bebas Rasuah sebenarnya memberikan penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh seluruh kepimpinan dan warga kerja Perbadanan Labuan dalam kapasiti sebagai individu serta pemimpin yang menyelia anggota dan kakitangan untuk lebih bertanggun­gjawab bagi menjauhi dan menghindar­i diri daripada terlibat dengan sebarang rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

Mohd Yusizzudin berkata, antara objektif pelaksanaa­m IBR termasukla­h memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah, di samping menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi selain memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah.

“Ikrar IBR ini juga diharap dapat menanamkan rasa kesedaran dan rasa tanggungja­wab di setiap individu yang melafazkan­nya supaya gejala rasuah dan salah guna kuasa diperangi habis-habisan dan dihentikan secara serta merta di setiap peringkat,” katanya.

 ??  ?? TANDATANGA­N: Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Strategik PL Mahathir Ab. Hamid (kanan) dan Pengarah Jabatan Sosio Ekonomi (JSE) Helmi Bali menandatan­gani IBR.
TANDATANGA­N: Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Strategik PL Mahathir Ab. Hamid (kanan) dan Pengarah Jabatan Sosio Ekonomi (JSE) Helmi Bali menandatan­gani IBR.
 ??  ?? SIMBOLIK: Mohd.Yusizzudin menyaksika­n Dr. Fary dan Rithuan secara simbolik melancarka­n sesi tandatanga­n lafaz IBR Perbadanan Labuan.
SIMBOLIK: Mohd.Yusizzudin menyaksika­n Dr. Fary dan Rithuan secara simbolik melancarka­n sesi tandatanga­n lafaz IBR Perbadanan Labuan.
 ??  ?? IKRAR: Dr Fary (tengah) dan Haji Rithuan ketika mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) warga Perbadanan Labuan sambil disaksikan Mohd Yusizzudin yang diadakan di Desa Tunas Hijau Sungai Miri, pada Ahad.
IKRAR: Dr Fary (tengah) dan Haji Rithuan ketika mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) warga Perbadanan Labuan sambil disaksikan Mohd Yusizzudin yang diadakan di Desa Tunas Hijau Sungai Miri, pada Ahad.
 ??  ?? HADIR: Sebahagian pengarah dan pegawai Perbadanan Labuan yang menghadiri Majlis IBR.
HADIR: Sebahagian pengarah dan pegawai Perbadanan Labuan yang menghadiri Majlis IBR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia