Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Mengkapon bakal nikmati jaringan telekomuni­kasi Ogos depan

- Oleh Yap Siong Han

PITAS: Para penduduk di Kampung Mengkapon, Pitas bakal menikmati jaringan telekomuni­kasi yang lebih baik selepas ini apabila proses pembinaan menara telekomuni­kasi baharu di kampung berkenaan siap sepenuhnya pada Ogos 2021 depan.

Pembinaan menara berkenaan yang dilaksanak­an di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu akan memanfaatk­an penduduk di Pitas sekaligus mentransfo­rmasikan kehidupan penduduk setempat dalam mengharung­i era digital yang semakin pesat.

Dengan kesalinghu­bungan internet yang lebih baik susulan pembinaan menara telekomuni­kasi baharu, ia dijangka melonjakka­n taraf hidup penduduk setempat di sana selain memudahkan penduduk untuk melaksanak­an pelbagai urusan harian dan mempelbaga­ikan sumber pendapatan mereka.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Ruddy Awah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas bersama-sama dengan pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Mangkapon baru-baru ini untuk memantau kerjakerja pembinaan menara telekomuni­kasi baharu di kawasan berkenaan.

Dalam lawatan kerja itu, beliau telah diberikan taklimat oleh MCMC dan pihak penyedia perkhidmat­an yang dilantik mengenai perkembang­an terkini kerja-kerja pembinaan menara baharu di kampung terbabit.

Pihak MCMC turut merakamkan penghargaa­n kepada Ruddy yang telah banyak membantu dalam mendapatka­n kelulusan pemeroleha­n tapak untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek ini.

Sebanyak 50 menara telekomuni­kasi baharu sedang didirikan di Sabah. Daripada jumlah itu, 13 menara baharu adalah terletak di daerah Pitas di mana Kampung Mengkapon telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan menara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia