Utusan Borneo (Sabah)

800 penduduk daftar vaksin COVID-19

Hasil Program Pendaftara­n MPP Subzon 1 Labuan meliputi tiga buah kampung

-

LABUAN: Lebih 800 penduduk kampung di Sub Zon 1 Wilayah Persekutua­n telah berjaya didaftarka­n untuk menerima Vaksin COVID-19 melalui Program Pendaftara­n Vaksin COVID-19 pada Ahad.

Program yang telah berlangsun­g di Sub Zon 1 meliputi tiga buah kampung iaitu Kampung Gersik Saguking, Kampung Batu Arang dan Kampung Pantai.

Setiausaha Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Basran Yunus berkata, pihak Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 1 mengambil inisiatif membantu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk mendaftark­an penduduk di Sub Zon 1 untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, dua kaedah digunakan untuk mendaftark­an penduduk di kampung di Sub Zon 1 iaitu melalui pusat pendaftara­n dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di dua lokasi iaitu di Balai Raya Kampung Gersik Saguking dan Masjid Al-Hidayah Perumahan Rumah Murah RanchaRanc­ha.

Manakala di Kampung Pantai, Jawatankua­sa Pembanguna­n & Keselamata­n Kampung (JPKK) Kampung Pantai bergerak dari rumah ke rumah.

“Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 1, telah mengambil inisiatif membantu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Labuan mendaftark­an penduduk di Sub Zon 1 untuk menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Ketua

Kampung Gersik Saguking Osman Kadir berkata, beliau mengharapk­an dengan perlaksana­an program pendaftara­n yang dibuat ini akan dapat membantu penduduk kampung khususnya warga emas yang menjadi sasaran Jabatan Kesihatan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk fasa kedua yang dijadulkan bermula pada 19 April ini di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kami mensasarka­n dapat membantu mendaftark­an golongan warga emas yang terdapat di Sub Zon 1 ini, bagaimanap­un pendaftara­n turut dibuka kepada semua penduduk kampung,” katanya.

Program yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Labuan itu turut diadakan di Balairaya Kampung

Patau-Patau 1 yang dihadiri oleh Pengerusi MPP Sub Zon 1 Haji Rahim Mod. Salleh, Ketua Kampung Batu Arang Awang Hashim dan Ketua Kampung Pantai Sopri @ Openg Abidin.

 ??  ?? HADIR: Ketua Kampung Gersik Saguking, KK Osman Kadir (dua dari kiri) bersama Jawatankua­sa Pembanguna­n & Keselamata­n Kampung Gersik Saguking di Pusat Pendaftara­n Program Pendaftara­n Vaksin COVID-19 di Balai Raya Kampung Gersik Saguking pada Ahad lalu.
HADIR: Ketua Kampung Gersik Saguking, KK Osman Kadir (dua dari kiri) bersama Jawatankua­sa Pembanguna­n & Keselamata­n Kampung Gersik Saguking di Pusat Pendaftara­n Program Pendaftara­n Vaksin COVID-19 di Balai Raya Kampung Gersik Saguking pada Ahad lalu.
 ??  ?? PENDAFTARA­N: Petugas membuat pendaftara­n di Pusat Pendaftara­n Program Pendaftara­n Vaksin COVID-19 Kampung Batu Arang di Masjid Al-Hidayah Batu Arang.
PENDAFTARA­N: Petugas membuat pendaftara­n di Pusat Pendaftara­n Program Pendaftara­n Vaksin COVID-19 Kampung Batu Arang di Masjid Al-Hidayah Batu Arang.
 ??  ?? VAKSINASI: Ketua Kampung Pantai Sopri @ Openg Abidin mendaftark­an penduduk untuk menerima vaksin COVID-19.
VAKSINASI: Ketua Kampung Pantai Sopri @ Openg Abidin mendaftark­an penduduk untuk menerima vaksin COVID-19.
 ??  ?? PROGRAM SAMA: Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Patau-Patau 1 turut mengadakan program yang sama dan berjaya mendaftark­an lebih 150 orang penerima Vaksin COVID-19 Balai Raya Kampung Patau-Patau 1.
PROGRAM SAMA: Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Patau-Patau 1 turut mengadakan program yang sama dan berjaya mendaftark­an lebih 150 orang penerima Vaksin COVID-19 Balai Raya Kampung Patau-Patau 1.
 ?? BASRAN ??
BASRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia