Utusan Borneo (Sabah)

TBS sasar kutip RM5.4 juta zakat fitrah

Ia hampir sama dengan kutipan tahun lalu berikutan kadar zakat fitrah di Sarawak kekal RM7 pada Ramadan kali ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyasarka­n kutipan zakat fitrah sebanyak RM5.4 juta tahun ini.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, jumlah itu hampir sama dengan kutipan tahun lalu berikutan kadar zakat fitrah di Sarawak kekal RM7 pada Ramadan kali ini.

“Tahun ini, kadar zakat fitrah bagi negeri Sarawak kekal sebanyak RM7 seorang dan umat Islam boleh membuat pembayaran­nya bermula 1 Ramadan ini.

“Kita menyasarka­n hampir 800,000 umat Islam di Sarawak akan membayar zakat fitrah dengan anggaran kutipan sebanyak RM5.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kadar Zakat Fitrah bagi Sarawak 2021 di Ibu Pejabat TBS, Batu Kawa di sini, semalam.

Abang Mohd Shibli yakin sasaran itu mampu dicapai memandangk­an kesedaran umat Islam berhubung kewajipan membayar zakat kini semakin meningkat sehingga mencapai 97 peratus.

“Sehubungan itu, saya menyeru umat Islam di seluruh Sarawak menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah ini sebagai melengkapk­an Rukun Islam keempat iaitu mengeluark­an zakat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui pelbagai saluran dan antaranya secara dalam talian yang boleh dibuat menerusi Baitulmal Kamek di portal https:// pelanggan.tbs.org.my.

“Ia bagi memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah dalam tempoh kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB).

“Bagaimanap­un, bagi yang masih mahu membuat pembayaran menerusi amil, TBS melantik seramai 790 amil di seluruh negeri,” katanya.

Menurutnya, amil yang dilantik menyediaka­n perkhidmat­an di masjid dan surau serta kediaman masingmasi­ng.

“Pembayaran menerusi amil boleh dibuat pada setiap solat waktu dan sebelum atau selepas solat terawih,” katanya.

Selain zakat fitrah, beliau turut menyeru masyarakat Islam membuat bayaran zakat harta mereka di setiap cawangan atau melalui portal TBS.

“Untuk tahun ini juga, kami menyasarka­n kutipan zakat harta sebanyak RM90 juta bagi membolehka­n kami membantu golongan asnaf,” ujarnya.

Sementara itu katanya,

TBS telah menyediaka­n aplikasi Jejak Asnaf 3.0 bagi memudahkan masyarakat menyalurka­n maklumat mengenai golongan asnaf yang layak menerima bantuan dan melaporkan kepada pihaknya.

“Melalui aplikasi itu, orang ramai hanya perlu mengambil gambar keluarga fakir miskin yang terlibat serta menjawab beberapa soalan dan seterusnya klik butang hantar.

“Sebaik sahaja menerima maklumatit­u, TBSakantur­un padang untuk menyalurka­n bantuan kepada keluarga terbabit,” katanya.

Tambahnya, aplikasi Jejak Asnaf Versi 3.0 boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore.

Tahun ini, kadar zakat fitrah bagi negeri Sarawak kekal sebanyak RM7 seorang dan umat Islam boleh membuat pembayaran­nya bermula 1 Ramadan ini. Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie Pengurus Besar TBS

 ??  ?? ZAKAT: Abang Mohd Shibli (dua kiri) merakam kenangan selepas sidang media Kadar Zakat Fitrah Bagi Sarawak 2021.
ZAKAT: Abang Mohd Shibli (dua kiri) merakam kenangan selepas sidang media Kadar Zakat Fitrah Bagi Sarawak 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia