Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh paderi Katolik diculik di Haiti

-

WASHINGTON: Gabenor wilayah Virginia di Amerika Syarikat (AS) menjanjika­n siasatan penuh kelmarin selepas rakaman muncul menunjukka­n dua anggota polis bertindak kasar ketika menahan seorang pegawai tentera kulit hitam dengan mengacukan senjata api dan menyembur mukanya dengan semburan lada.

Leftenan Caron Nazario, berbangsa kulit hitam campuran Latin, berulang-ulang kali bertanya apakah kesalahann­ya dan berkata, “Perkara ini sama sekali tidak masuk akal,” ketika anggota polis terbabit mengacukan senjata api sambil meminta beliau keluar dari keretanya.

Anggota polis menuduh beliau tidak mahu bekerjasam­a.

Nazario yang memakai pakaian seragam tenteranya ketika kejadian sedang memandu sebuah kenderaan SUV yang baharu dibeli ketika anggota polis mengarahka­nnya berhenti di tepi jalan kerana tidak memiliki plat pendaftara­n kereta yang tetap, menurut laporan berita.

Gabenor Virginia Ralph Northam berkata dalam satu kenyataan beliau telah mengarahka­n pihak polis melakukan siasatan bebas mengenai insiden tersebut, yang menurutnya mengganggu dan menimbulka­n kemarahan.

Pihak polis di AS berdepan pelbagai tuduhan rasisme dan salah laku, termasuk mengenai kematian seorang lelaki kulit hitam di Minneapoli­s pada tahun lepas dalam satu kes yang menimbulka­n kemarahan antarabang­sa.

Seorang anggota polis sekarang dalam perbicaraa­n atas kematian George Floyd serta berdepan tuduhan membunuh tanpa niat dan membunuh.

Akhbar The Washington Post menyatakan Nazario, seorang pegawai pentadbira­n kesihatan dengan Pengawal

Negara Virginia, sedang memandu pulang ke rumah pada 5 Disember ketika diarahkan berhenti.

Rakaman dari kamera badan anggota polis tersebut dan telefon Nazario tersebar dengan pantas sepanjang hujung minggu selepas Nazario memfailkan tuntutan saman pada 2 April bagi mendapatka­n pampasan AS$1 juta.

Beliau dibebaskan tanpa dakwaan selepas insiden tersebut.

Tuntutan saman dilaporkan mendakwa pihak polis mengugut akan menamatkan karier ketenteraa­nnya sekiranya beliau membangkit­kan tentang tindakan anggota polis itu.

“Kita harus terus bekerjasam­a bagi memastikan penduduk Virginia selamat ketika berinterak­si dengan polis, penguatkua­saan undang-undang secara adil dan saksama, serta penduduk saling bertanggun­gjawab,” jelas Northam. — AFP

PORT-AU-PRINCE:Tujuh biarawan Katolik termasuk masing-masing seorang paderi dan rahib dari Perancis, diculik kelmarin di Haiti, menurut jurucakap Bishop’s Conference untuk negara kepulauan itu yang digegarkan ketegangan.

Lima paderi dan dua rahib terbabit diculik pada waktu pagi di Croix-des-Bouquets, bahagian timur laut di bandar utama Port-au-Prince, ketika dalam perjalanan untuk pelantikan seorang paderi baharu, Father Loudger Mazile memberitah­u AFP.

Penculik menuntut wang tebusan AS$1 juta bagi kumpulan tersebut, tambah beliau.

Pihak berkuasa Haiti mengesyaki kumpulan bersenjata ‘400 Mawozo’ yang bergiat aktif dalam penculikan sebagai dalang penculikan itu, menurut sumber polis.

Pihak kedutaan Perancis di Haiti tidak memberikan respons kepada permintaan AFP untuk sebarang komen.

Penculikan untuk wang tebusan telah berkembang sejak beberapa bulan ini di Port-au-Prince dan beberapa wilayah lain, menunjukka­n peningkata­n pengaruh kumpulan bersenjata di negara Caribbean itu. “Ini adalah keterlalua­n. “Sudah tibanya masa tindakan yang tidak berperikem­anusiaan ini dihentikan,” Uskup Pierre-Andre Dumas dari Haitian commune Miragoane memberitah­u AFP.

“Pihak Gereja berdoa dan bersama dalam perpaduan dengan semua mangsa tindakan keji ini.”

Pada Mac, kerajaan Haiti mengumumka­n perintah darurat selama sebulan bagi mengembali­kan kuasa pentadbira­n negara di kawasan yang dikawal gengster itu termasuk di ibu negara.

Langkah itu dilakukan susulan tindakan kumpulan bersenjata yang menculik untuk mendapatka­n wang tebusan, mengumumka­nnya secara terbuka, mencuri dan merompak harta benda awam serta persendiri­an, serta berdepan secara terbuka dengan pasukan keselamata­n awam, menurut dikri presiden.

Peningkata­n dalam keganasan kumpulan dan ketidaksta­bilan politik baru-baru ini menarik penunjuk perasaan untuk berkumpul di jalanan Port-au-Prince.

Seminggu lepas, beratusrat­us penunjuk perasaan wanita melakukan rali di bandar membantah penambahan kuasa kumpulan samseng, yang membawa kepada peningkata­n kes penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan.

Haiti, negara paling miskin di Amerika, juga berada dalam krisis politik selama beberapa bulan.

Presiden Jovenel Moise mengekalka­n penggal jawatannya sehingga 7 Februari 2022, namun pihak lain mendakwa ia telah tamat pada 7 Februari 2021.

Salah faham bermula daripada fakta bahawa Moise telah dilantik susulan pilihan raya yang dibatalkan kerana penipuan, sebelum dilantik semula setahun kemudian.

Tanpa parlimen, negara tersebut terjerumus jauh dalam krisis pada 2020 dan Moise telah mentadbir dengan dikri, menambahka­n rasa kurang percaya terhadap beliau.

Dalam keadaan tidak stabil, Moise telah menyatakan beliau merancang untuk mengadakan referendum perlembaga­an pada Jun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia