Utusan Borneo (Sabah)

Hamzah nafi campuri urusan pertukaran pegawai kanan polis Sebarang urusan pertukaran pegawai kanan adalah keputusan SPP

-

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam menafikan penglibata­n beliau dalam urusan pertukaran pegawai kanan polis.

Beliau berkata, sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah keputusan daripada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Polis (SPP).

“Saya tidak pernah mencampuri urusan polis, saya minta maaflah kalau ada orang yang mengatakan saya mencampuri­nya.

“Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarka­n adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadang-kadang menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain,” katanya selepas hadir Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di sini semalam.

Hamzah berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai isu campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai kanan polis.

“Apa yang paling penting keputusan itu harus dilihat sebagai keputusan SPP. Betullah saya Menteri, tetapi saya pengerusi SPP.

“Jadi keputusann­ya adalah keputusan majoriti dan saya sentiasa ikut keputusan majoriti. Daripada saya buat keputusan sendiri, saya rasa elok semua pihak memahami bahawa SPP adalah suruhanjay­a yang paling tinggi, kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri,”

SIDANG MEDIA: Hamzah mengadakan sidang media mengenai Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di Putrajaya semalam.

katanya.

Selain itu Hamzah berkata, adalah benar bahawa watikah pelantikan Ketua Polis Negara juga adalah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hamzah berkata pada masa sama, SPP seharusnya diletakkan di tempat paling atas daripada Ketua Polis Negara, kerana segala keputusan polis dibuat dalam majlis itu (SPP) daripada (berbanding hanya) melibatkan seorang individu.

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuann­ya bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Hamzah enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

Pada 10 April lepas, Abdul Hamid dilapor akan berjumpa Hamzah dalam masa terdekat untuk meneruskan semula pelaksanaa­n pertukaran pegawai kanan polis yang ditangguhk­an sebelum ini. — Bernama

SUNGAI PETANI: Jumlah kes jenayah komersial mencatatka­n peningkata­n sejak tiga tahun lalu, walaupun indeks jenayah di seluruh negara mencatatka­n penurunan sebanyak 36 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, jumlah kes jenayah komersial didapati meningkat sejak 2018, iaitu daripada 24,262 kepada 26,465 kes (2019) dan 27,323 kes (2020).

“Ini kerana jenayah komersial tidak perlu bersemuka, contohnya scam dan penipuan pinjaman yang boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara dalam talian, mungkin pemanggil berada di Kuala Lumpur (sebagai contoh) dan membuat panggilan ke Johor Bahru untuk menipu mangsa di sana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, semalam.

Menurutnya lagi pada 2018, sebanyak 13,645 tangkapan dan 7,927 pertuduhan telah dibuat membabitka­n jenayah komersial di negara ini.

“Jumlah tersebut meningkat kepada 13,835 tangkapan dan 9,875 pertuduhan pada 2019, dan 15,440 tangkapan dan 10,097 pertuduhan pada 2020, manakala bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 4,196 tangkapan dan 2,372 pertuduhan telah dibuat,” katanya.

Zainuddin berkata, jumlah kes jenayah komersial yang membabitka­n ‘scammer’, juga dilaporkan meningkat daripada 13,568 kes pada 2018 kepada 14,425 kes (2019) dan sebanyak 17,553 kes (2020).

“Kategori kes ‘scammer’ termasukla­h e-dagang, pinjaman pelaburan tidak wujud, tipu tanah, ‘Bussiness Email Compromise­d’, tipu bomoh, tipu Toto, penipuan SMS (sistem pesanan ringkas), penipuan kad kredit, cabutan bertuah dan penyamaran.

“Tiga negeri ‘panas’ yang mencatatka­n kes tertinggi ialah Selangor, Johor dan Kuala Lumpur, manakala jumlah kes ‘scammer’ di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini ialah sebanyak 5,078 kes,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan, termasukla­h yang menggunaka­n latar belakang agama bagi meraih simpati orang ramai.

“Jangan ambil risiko untuk membuat pelaburan jika tidak pasti mengenai pelaburan tersebut, waspada juga dengan penipuan yang menggunaka­n pertubuhan islamik atau institusi agama, untuk mengumpul derma.

“Buat semakan sebelum membuat pindahan wang, kita ada terima maklumat mengenai kes seperti ini tetapi masih mengumpul bukti,” katanya lagi. — Bernama

Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarka­n adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadangkada­ng menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Zainuddin Yaacob ketika sidang media selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah semalam.
RASMI: Zainuddin Yaacob ketika sidang media selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia