Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan lima remaja, sita 30 kenderaan disyaki terlibat lumba haram

-

IPOH: Kes perkahwina­n seorang pegawai polis yang bernikah dengan anak perempuan cef selebriti popular, tanpa mendapat restu daripada isteri pertamanya, kini di bawah siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata, pihaknya telah menyerahka­n siasatan itu sepenuhnya kepada JIPS IPK Perlis, selepas isteri pertama yang bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej antarabang­sa di Kampar dekat sini, membuat laporan kepada JIPS IPK Perak mengenai pernikahan berkenaan.

“Padamulany­amemangdia (pegawai polis) itu bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan telah bertukar sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis pada 2019. Saya difahamkan perkahwina­n dia berdaftar secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) di Perlis, jadi lazimnya kalau (perkahwina­n) tidak minta kebenaran, JIPS akan kenakan tindakan tatatertib.

“Jadi, (tindakan) itu bergantung kepada siasatan dijalankan. Saya tidak mahu komen lebih pasal isu ini kerana siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis,” katanya kepada pemberita di sini.

Mior Faridalath­rash diminta mengulas laporan yang dibuat seorang wanita Nur Hamizah Shaffee, 34, kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu, berhubung pernikahan suaminya Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin, 35, dengan pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, yang juga merupakan anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Dalam aduannya pada 18 Feb lalu, Nur Hamizah dimaklumka­n oleh Meor Mohammad Aidid mengenai pernikahan­nya dengan Serina, yang berlaku tanpa kebenarann­ya selaku isteri pertama.

Bagaimanap­un, Nur Hamizah berkata beliau telah diceraikan Meor Mohammad

Aidid pada 9 Mac lalu di mana pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2015 dan tidak dikurniaka­n cahaya mata.

Terdahulu, Mior Faridalath­rash menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Perak, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perak dan Ketua Polis Daerah Batu Gajah di Mes Pegawai Kanan Polis Perak semalam.

Mohd Alwi Zainal Abidin menerima penyerahan tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Perak daripada SAC S.Suresh Kumar, manakala Supt Azizan Hassan pula menerima serah terima tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perak daripada ACP Ahmad Adnan Basri.

ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif pula menerima penyerahan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baharu daripada ACP Ahmad Adnan Basri. — Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menangguhk­an prosiding perbicaraa­n tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapiny­a sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah menggunaka­n budi bicara untuk menggantun­g prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen.

“Selepas mempertimb­angkan hujahan pihak peguam dan mengambil kira pendakwaan juga tidak membantah permohonan itu, mahkamah dengan ini membenarka­n permohonan pemohon (Abdul Azeez).

“Mahkamah juga menimbang prinsip undangunda­ng dalam satu permohonan untuk penggantun­gan prosiding (bicara). Di dalam kes ini, terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah untuk menggantun­g prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen sehingga pelupusan dan penyelesai­an rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Hakim Muhammad Jamil menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalka­n kesemua 13 pertuduhan yang dihadapiny­a selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandask­an peruntukan undang-undang.

Abdul Azeez memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada hari sama (12 Mac) dan permohonan untuk menggantun­g prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen di sini difailkan pada 8 April lepas.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez dalam hujahannya berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan sekiranya rayuan anak guamnya berjaya, ia menjimatka­n masa dan kos Mahkamah Sesyen yang mendengar kes tersebut.

“Memandang pihak pendakwa tidak membantah permohonan penangguha­n itu, menunjukka­n bahawa mereka menghormat­i proses dinamik prosding dan tidak ada prasangka dalam kes ini,” katanya.

Pengurusan kes di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 8 Jun depan.

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed kemudian berkata pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tidak membantah terhadap permohonan itu.

Sementara itu, Adam ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata setakat ini seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraa­n yang bermula 19 Ogos tahun lepas.

Abdul Azeez, 54, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruha­n RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. — Bernama

KUANTAN: Seorang pemandu dan kelindan treler membawa muatan bongkah batu maut selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik di Km43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, kira-kira 200 km dari sini malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Supt Kamarulzam­an Jusoh berkata dalam kejadian 9 malam itu, kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam treler tersebut maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Izani Hasri Azmi, 44, dari Marang, Terengganu

KUANTAN: Polis menahan lima remaja dan menyita 30 kereta dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram dalam operasi di Taman Perindustr­ian Indera Mahkota 14 dekat sini, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkua­saan) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin berkata operasi selama tujuh jam bermula 5 petang itu mendapati lima remaja berkenaan memandu tanpa lesen dan laluan sepanjang 250 meter di taman itu sering dijadikan ‘litar’ bagi pelumba haram beradu kelajuan.

“Dua kereta akan dilepaskan seretak bagi menentukan kenderaan yang paling laju untuk diumumkan sebagai pemenang. Semua kenderaan terlibat didapati telah melakukan pengubahsu­aian pada enjin dan bahagian dalaman bagi membolehka­n pemandunya mencapai kelajuan maksimum,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Trafik Kuantan di sini malam kelmarin.

Menurut Bakri siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama yang memandu treler itu dan Yusoff Mat Zain, 63, dari Kuantan.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas treler yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Bentong itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya terpaksa meminta bantuan pasukan bomba bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama ada perlumbaan itu turut melibatkan wang pertaruhan kerana polis percaya ia bukan kali pertama dianjurkan.

Operasi berkenaan melibatkan tujuh pegawai dan 25 anggota dari JSPT Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Polis turut menyoal siasat beberapa wanita dan kanak-kanak, dipercayai ahli keluarga yang dibawa bersama-sama untuk menonton perlumbaan itu, sebelum mereka dilepaskan selepas proses dokumentas­i, katanya.

Bakri berkata siasatan dijalankan atas pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 81(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menduga kelajuan secara tidak sah yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, polis turut menyiasat jika berlaku pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa di Pahang. — Bernama

 ??  ?? KOMITED: Mior bercakap kepada media pada Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Polis, dekat Ipoh semalam.
KOMITED: Mior bercakap kepada media pada Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Polis, dekat Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia