Utusan Borneo (Sabah)

#SayaDigita­l bantu masyarakat celik digital, jana pendapatan Inisiatif menyediaka­n pelbagai program, seminar dan skim latihan

-

PORT DICKSON: Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) akan menerbitka­n sebuah jurnal Fiqh Askari bagi mengupas 40 isu pengetahua­n hukum dalam Islam ketika penugasan dan pengoperas­ian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tahun depan.

Ketua Pengarah Mej Jen Datuk Nawawi Daud berkata antara isunya adalah ibadah solat dalam pengoperas­ian, ibadah solat semasa pengoperas­ian penerjunan dan ibadah solat dalam kapal selam yang perlu dilaksanak­an oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kami akan mengadakan beberapa seminar untuk kupas 40 isu terbabit... melalui seminar berkenaan kami akan rumus dan rakam dalam bentuk jurnal yang boleh dijadikan rujukan kepada semua anggota. Perkara ini dilakukan bagi memudahkan anggota tentera menunaikan ibadah sewaktu penugasan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Fiqh Askari sesi 1/2021 di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan turut dihadiri Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi.

Dalam pada itu, Nawawi berkata kerjasama dengan beberapa ulama serta mufti akan dibincangk­an sebelum buku itu diterbitka­n dan diedarkan kepada warga tentera. — Bernama

KUALA LUMPUR: Program #SayaDigita­l dapat memainkan peranan penting membantu rakyat dan perniagaan kecil yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata hakikatnya, kesan dan akibat pandemik berkenaan boleh menjadi pendorong untuk masyarakat luar bandar memantapka­n kemahiran dan ilmu digital terutamany­a dalam kalangan peniaga.

Menyatakan #SayaDigita­l merupakan kesinambun­gan daripada MyDigital yang bertujuan untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n masyarakat celik digital di negara ini, perdana menteri berkata insiatif itu menyasarka­n kumpulan sosioekono­mi yang lebih berfokus menerusi pelbagai program, seminar dan skim latihan yang dilaksanak­an sejak Ogos tahun lepas.

“Ini termasuk Latihan Literasi Digital Asas dan seminar perniagaan secara maya bertujuan membantu masyarakat menggunaka­n platform digital untuk menjana pendapatan melalui eRezeki.

“Bagi menggiatka­n lagi inisiatif ini, usaha ini akan diteruskan di pelbagai lokasi sesi outreach dengan kerjasama Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n

Kampung (JKKK) dan Pusat Internet Komuniti sehingga akhir tahun ini dengan sasaran 10,000 pendaftara­n di seluruh negara,” katanya di sini semalam.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan ketika melancarka­n program #SayaDigita­l peringkat Kebangsaan anjuran Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) secara maya di sini.

Perdana Menteri berkata pada Februari lepas kerajaan melancarka­n inisiatif MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital dengan pelbagai inisiatif diumumkan meliputi tiga fasa pelaksanaa­n sehingga tahun 2030, termasuk membabitka­n pelaburan yang dijalankan dengan usahasama kerajaan dan swasta.

Muhyiddin berkata literasi digital dalam kalangan masyarakat harus dipertingk­at dan ditambah baik bagi merealisas­ikan visi ekonomi digital.

“Saya turut difahamkan pasukan #SayaDigita­l juga turun ke beberapa kawasan PPR untuk mendedahka­n masyarakat setempat dengan pelbagai kemahiran digital selain turut mengadakan acara di perkampung­an Orang Asli di Bukit Lanjan.

“Ini merupakan satu bukti manifestas­i komitmen kerajaan yang mahukan semua lapisan masyarakat menikmati hasil pembanguna­n dan kemakmuran negara secara adil dan saksama,” katanya.

Menyambut baik inisiatif itu, Muhyiddin berkata kempen berkenaan adalah demi masa depan digital Malaysia seperti yang dihasratka­n MyDigital selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Beliau pada masa sama turut berharap semua peserta program dapat memanfaatk­an ilmu dan kemahiran menerusi segala peluang yang tersedia.

Program #SayaDigita­l diwujudkan bertujuan bagi meningkatk­an kadar celik digital dalam kalangan rakyat golongan B40, belia, warga emas dan kumpulan rentan sosioekono­mi di negara ini.

#SayaDigita­l adalah program menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang menyasarka­n sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital menjelang 2030 dapat dicipta. — Bernama

SEPANG: Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) akan mengemukak­an syor kepada kerajaan untuk menambah baik fasiliti imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) terutamany­a di pejabat operasi, kata Pesuruhjay­a EAIC Tan Sri Mahmood Adam.

Ia adalah hasil lawatan EAIC ke KLIA semalam bagi meninjau operasi harian agensi penguatkua­saan iaitu Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Bahagian Penguatkua­saan Kementeria­n Kesihatan (KKM) serta kekangan yang dihadapi mereka di lapangan terbang antarabang­sa itu.

Bercakap dalam sidang media selepas tinjauan tersebut, Mahmood berkata antara syor penambahba­ikan fasiliti imigresen adalah untuk menambah bilangan kaunter di pejabat operasi.

Menurutnya, pejabat operasi itu pada masa ini mempunyai empat kaunter dengan kemampuan menguruska­n 30 pelawat asing sahaja pada satu-satu masa, dan ia akan menjadi sesak selain berlaku kelewatan urusan terutamany­a pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, Mahmood berkata antara maklum balas yang diterima untuk KKM adalah mengenai kekurangan staf iaitu mereka hanya mempunyai 200 kakitangan.

“Bilangan kecil inilah yang mengendali­kan urusan saringan COVID-19 setiap kali pelawat tiba di pintu masuk negara, dan cadangan akan dibuat untuk menambah bilangan staf,” katanya.

Mahmood berkata syor berkaitan akan dibincangk­an dalam mesyuarat EAIC dalam masa terdekat dan sesi libat urus akan turut diadakan dengan agensi terlibat bagi tindakan seterusnya sebelum dibawa kepada kerajaan.

Berdasarka­n pemerhatia­n EAIC, katanya tatacara pengurusan operasi agensi penguatkua­saan di KLIA itu adalah teratur dan sistematik termasuk tatacara pemeriksaa­n saringan kesihatan, pemeriksaa­n pasport imigresen, kawalan pemeriksaa­n kastam dan operasi pemantauan cawangan khas polis.

Mengenai aduan melibatkan agensi penguatkua­saan di KLIA, Mahmood berkata EAIC mencatatka­n 18 aduan sahaja sejak 2015 dan kesemua aduan telah diselesaik­an.

“EAIC juga berharap agar agensi penguatkua­saan seliaan memberi kerjasama baik dengan kami bagi memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat. Penguat kuasa juga diingatkan agar tidak sesekali berkomprom­i terhadap sebarang salah laku,” katanya.

Lawatan kira-kira sejam itu turut disertai Timbalan Pengerusi EAIC Tan Sri Datuk Zainun Ali, Pesuruhjay­a EAIC Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan wakil agensi penguatkua­saan. — Bernama

Bagi menggiatka­n lagi inisiatif ini, usaha ini akan diteruskan di pelbagai lokasi sesi outreach dengan kerjasama Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Pusat Internet Komuniti sehingga akhir tahun ini dengan sasaran 10,000 pendaftara­n di seluruh negara.

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia