Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mahu perkasa MIB tangani isu pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat India

-

MUAR: Kerajaan akan memperkasa­kan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dalam usaha menangani isu pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat India khususnya golongan keluarga berpendapa­tan rendah (B40).

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pelan berkenaan akan ditambah baik dengan pembahagia­n tiga kluster iaitu modal insan, keusahawan­an dan kerjaya serta kesejahter­aan sosial bagi memastikan golongan sasar menerima manfaat menyeluruh.

“Sebelum ini, MIB dilancarka­n pada 2017 namun pelan (sedia ada) terlalu luas skopnya dan tiada fokus kepada kluster. Jadi kita bangunkan semula pelan ini supaya Unit Transforma­si Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui Kementeria­n Perpaduan Negara mudah melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

“Memandangk­an pihak MITRA setiap tahun menerima peruntukan kerajaan kirakira RM100 juta sekali gus ia akan digunakan sebaiknya mengikut perancanga­n yang ditetapkan untuk komuniti India,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan,

Perdaganga­n dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full.

Untuk rekod, MIB dilancarka­n oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2017 sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembanguna­n kaum India bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Halimah menyerahka­n replika cek bernilai RM4.056 juta kepada Dr Chong untuk diserahkan kepada 826 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri Johor bagi melaksanak­an program dan aktiviti sekali gus menggerakk­an agenda perpaduan nasional dalam sesebuah komuniti itu. — Bernama

 ??  ?? SIMBOLIK: Halimah (tiga kanan) ketika melancarka­n vaksin untuk semua pada Perasmian Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar semalam. Hadir sama ialah Dr Chong (dua kanan), Wan Suraya (kanan) serta Mustaffa (tiga kiri).
SIMBOLIK: Halimah (tiga kanan) ketika melancarka­n vaksin untuk semua pada Perasmian Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar semalam. Hadir sama ialah Dr Chong (dua kanan), Wan Suraya (kanan) serta Mustaffa (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia