Utusan Borneo (Sabah)

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara

-

TAIPING: Tindakan pembiakan, pemulihara­an dan pembelajar­an mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakka­n kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Pengarah Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) Dr Kelvin Lazarus berkata masalah penurunan populasi Harimau Belang Malaya akan berlaku dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sekali gus Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya sekiranya tiada tindakan dilakukan.

“Kita ada program bersama Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan zoo-zoo yang ada Harimau Belang Malaya ini untuk program pembiakan bagi meningkatk­an bilangan spesies ini di dalam kurungan.

“Dalam proses itu kita akan cari pasangan yang sesuai dan jika harimau perlu dipindahka­n, ia dipindahka­n serta baka lain pula akan ditukarkan ke sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan bersama media bagi sambutan ulang tahun kelahiran yang pertama anak-anak Harimau Belang Malaya di ZTNS di sini.

Mengulas lanjut, Kelvin berkata Jabatan Perhilitan turut melakukan program konservasi harimau di alam semula jadi akibat banyak ancaman di hutan seperti pemburuan haram, kehilangan habitat, kehilangan makanan dan sebagainya.

“Program pembiakan dan kerjasama dengan semua zoo di Malaysia yang ada Harimau Belang Malaya dilakukan secara berterusan bagi pembiakan harimau untuk jangka masa panjang.

“Kini dianggarka­n kurang daripada 200 ekor Harimau Belang Malaya yang hidup liar dan berada pada tahap membimbang­kan melalui hasil kajian Survei Harimau Kebangsaan 2016-2020,” katanya.

Dilapor, pada 12 April tahun lepas, tiga ekor anak Harimau Belang Malaya dilahirkan di ZTNS yang diberi nama Puntum (jantan), Teja dan Bayu (betina) menjadikan kejayaan pembiakan keempat di zoo tersebut.

Ibunya juga merupakan satu daripada kejayaan pembiakan di ZTNS kerana turut dilahirkan di sini pada 2009.

Harimau spesies ini diklasifik­asikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan oleh Kesatuan Antarabang­sa untuk Pemulihara­an Alam Sekitar (IUCN) pada 2015 serta dilindungi di bawah Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia